Soon Mustafa Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan KHM Yang Baru

In MAIN

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini telah mengumumkan barisan Jawatankuasa Kejurulatihan yang baru dan pengumuman itu telah dilakukan oleh Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal dalam satu sidang media di pejabat KHM.

Pengumuman itu juga menyaksikan bekas pemain kebangsaan, Soon Mustafa Karim dilantik selaku Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan yang baru sementara Dato’ Ahmad Najmi Razak dilantik selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan.

Soon Mustafa merupakan pemain kebangsaan yang beraksi pada Sukan Olimpik 1984 dan 1992 selain pernah membuat penampilan pada dua edisi Sukan Asia, sekali pada Piala Juara-Juara dan telah mengumpul 185 caps. Selain itu Soon Mustafa juga merupakan jurulatih remaja di peringkat negeri dan memegang Sijil Kejurulatihan KHM tahap dua.

Dalam pengumuman yang dibuat juga menyaksikan tidak banyak perubahan yang dilakukan di mana KHM mengekalkan beberapa muka lama seperti Terry Walsh, V. Muraleedharan, Tai Beng Hai dan Yahya Atan.

Selain itu, KHM turut membawa masuk tiga muka baru iaitu Alan Black yang merupakan Pengarah Kejurulatihan Institut Sukan Negara (ISN). Dua bekas pemain kebangsaan, Nuriza Sulaiman serta Nadia Abd Rahman turut disenaraikan bagi menarik minat lebih ramai wanita terutamanya bekas pemain untuk menyumbang kepada pembangunan sukan hoki di Malaysia.

Barisan Jawatankuasa Kejurulatihan yang baru ini akan berkuatkuasa serta merta. Di bawah merupakan senarai penuh Jawatankuasa Kejurulatihan yang baru.

Pengerusi: Soon Mustafa Karim

Timbalan Pengerusi: Dato’ Ahmad Najmi Razak

Ahli Jawatankuasa:

1. Alan Black
2. Tai Beng Hai
3. Yahya Atan
4. V. Muraleedharan
5. Terry Walsh
6. Nuriza Sulaiman
7. Nadia Abd Rahman

Recent Posts

Leave a Comment