Piala Sultan Johor 2017: 20 Pemain Dipanggil Ikuti Fasa Latihan Terakhir

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini menyenaraikan 20 pemain terakhir yang akan mengikuti fasa kelima yang juga merupakan fasa latihan terakhir Skuad Pembangunan 2020 yang akan menggalas tanggungjawab di Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SoJC) bermula 22 hingga 29 Oktober ini di Stadium Hoki Taman Daya Johor Bharu.

Menerusi senarai yang dikeluarkan lapan daripada 20 pemain mempunyai pengalaman beraksi di peringkat yang lebih tinggi dan menurut pengurus pasukan yang juga merangkap jurulatih, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, kelibat pemain-pemain ini sangat penting untuk membantu pasukan dan Malaysia menghantar pasukan utama untuk memberikan cabaran kepada negara-negara lain yang bertanding. Nor Saiful turut menegaskan ini merupakan pasukan yang terbaik akan beraksi di kejohanan yang memasuki edisi ketujuh itu.

“Kami menggabungkan pemain berpengalaman dan pemain muda yang baru pertama kali turun beraksi di SoJC selain gabungan ini merupakan gabungan pemain muda terbaik yang ada serta ini merupakan pasukan yang terbaik untuk pembangunan hoki pada masa hadapan.

“Kejohanan SoJC bukan medan untuk mencuba pemain kerana kami membawa pemain terbaik yang juga merupakan skuad utama di mana gabungan pemain muda yang berpengalaman dan ia sangat bagus untuk perkembangan hoki negara,” jelasnya ketika dihubungi.

Nor Saiful juga menegaskan kelibat pemain berpengalaman akan menjadi contoh kepada pemain-pemain yang lebih muda bagaimana untuk mengawal diri dalam padang serta sifat kepimpinan yang ada pada pemain berpengalaman sangat bernilai untuk pasukan.

“Disiplin yang ditunjukkan oleh pemain berpengalaman di atas padang pasti akan menjadi ikutan kepada pemain yang lebih muda selain pengalaman yang dimiliki oleh mereka seperti bermain untuk Liga Hoki Dunia dan juga Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini sangat penting untuk membantu pasukan.

“Setakat ini Skuad ke SoJC merupakan skuad yang terbaik, mereka sangat berdisiplin cuma apa yang saya perlukan adalah pemain berpengalaman terutamanya cepat untuk menyesuaikan diri dengan taktikal yang kami terapkan kerana secara tidak langsung mereka ini yang akan memimpin pasukan nanti,” tambahnya lagi.

Fasa kelima yang juga merupakan fasa latihan terakhir sukan Piala Sultan Johor 2017 akan berlangsung pada 15 hingga 20 Oktober di Johor Bharu dan Nor Saiful menyifatkan ia merupakan masa yang terbaik untuk menjalankan latihan terakhir kerana kejohanan sebenar semakin hampir.

“Bagi saya latihan fasa terakhir berjalan tepat pada masanya sebelum kami beraksi pada kejohanan sebenar dan saya serta barisan kejurulatihan yang lain mempunyai masa untuk menilai tahap kecederaan pemain selain kami akan mengimbangi antara latihan dan rehat supaya mereka dapat bersedia sepenuhnya sebelum kejohanan bermula,” ujarnya.

Selain Malaysia, Piala Sultan Johor edisi kali ini akan disertai oleh Great Britain, India, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia.

Berikut merupakan senarai 20 pemain yang akan ke Johor Bharu bagi latihan fasa terakhir.
1. Adrian Andy Albert (SAPURA/JWC 2016)
2. Muhammad Zaimi Bin Mat Deris (Development Team)
3. Mohammad Firdaus Bin Omar (Development Team)
4. Luqman Nul Hakim Bin Ahmad Shukran (Development Team)
5. Muhammad Idris Bin Samad (AHP THUNDERBOLTS)
6. Muhammad Arif Shafie Bin Ishak (SSTMI THUNDERBOLTS)
7. Syarman Bin Mat Tee (SSTMI THUNDERBOLTS)
8. Muhammad Shafiq Bin Hassan (SMK BENTARA LUAR)
9. Norsyafiq Bin Sumantri (Development / SEAGames Team)
10. Faiq Razin Zariq Bin Idris (SSBJ THUNDERBOLTS)
11. Shello Silverius (SSTMI THUNDERBOLTS)
12. Muhammad Izham Bin Azhar (AHP THUNDERBOLTS)
13. Muhammad Nursyahmi Bin Zulkifli (ANDERSON THUNDERBOLTS)
14. Muhammad Amirul Hamizan Bin Azahar (SSTMI THUNDERBOLTS)
15. Muhammad Zulhamizan Bin Awang Abas (TNB/JWC 2016)
16. Nik Muhammad Aiman Bin Nik Rozemi (NATIONAL TEAM)
17. Muhammad Hafiizhuddin Bin Zaidi (TNB/JWC 2016)
18. Muhammad Azrai Aizad Bin Abu Kamal (ANDERSON THUNDERBOLTS)
19. Mohamad Akhimullah Bin Anuar Esook (SSTMI THUNDERBOLTS)
20. Muhammad Hazzim Amin Bin Hafidz (AHP THUNDERBOLTS)

Recent Posts

Leave a Comment