TNB Piala Tun Abdul Razak (W) 2017: Melaka Dan Johor Tentukan Kedudukan Kelima

KUALA LUMPUR (23 November 2017): Pasukan Melaka dan Johor akan menentukan kedudukan tempat ke-5/6 saingan TNB Piala Tun Abdul Razak 2017 selepas mereka menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan klasifikasi lima hingga lapan di Stadium Hoki Kuala Lumpur petang tadi.

Melaka yang turun bertemu Perak mengawal perlawanan dengan baik sekaligus berjaya mengatasi pasukan itu 2-0. Melaka mendapat gol pertama hasil pukulan sudut penalti yang ditolak masuk oleh Nur Aisyah Yaacob pada minit ke-25.

Bermula separuh masa kedua, Melaka terus melancarkan serangan awal dan usaha mereka berjaya menghasilkan gol kedua menerusi jaringan pada oleh Norahafizah Hashim pada minit ke-31. Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.

Di sebelah petang pula, Johor turut menang 2-0 mengatasi pasukan Terengganu. Keputusan ini membolehkan kedua-dua pemenang ini bertemu dalam penentuan tempat kelima nanti.

Gol-gol kemenangan pasukan Johor dalam perlawanan tadi dijaringkan melalui gol padang Hanis Nadiah Onn pada minit ke-32. Selepas itu, Johor mendapat gol kedua juga menerusi jaringan padang yang dihasilkan oleh Nurin Natasha Rohani pada minit ke-42.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada hari Sabtu ini di venue sama.

Keputusan Penuh Perlawanan Klasifikasi 5-8
Melaka 2-0 Perak
Johor 2-0 Terengganu

Jadual Separuh Akhir Esok (Jumaat, 24 November 2017)
4.00PM- Pahang Lwn ATM
6.30PM- Selangor Lwn Kuala Lumpur

*Semua perlawanan di Stadium Hoki Kuala Lumpur

Recent Posts

Leave a Comment