TNB-1Mas Kejohanan Hoki B-14: Sabah Tebus Kekecewaan Tahun Lalu, Mara Ke Final

Jaringan tunggal Mohamad Syafiq Lamatta menerusi pukulan sudut penalti pada minti ke-45 sudah cukup untuk membawa Sabah ke pentas final TNB-1Mas Kejohanan Hoki Kebangsaan Bawah-14 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini.

Jurulatih Sabah, Hasrul Jideh melemparkan pujian yang tinggi kepada semangat berpasukan yang telah ditunjukkan oleh pemain-pemainnya hingga membawa mereka beraksi di pentas akhir dan sekaligus menebus kekecewaan mereka pada aksi tahun lalu.

“Saya memuji semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain untuk menebus kembali kekecewaan tahun lalu dan apa yang boleh saya katakana hari ini pemain-pemain telah berjaya untuk menebus kembali kekecewaan yang kami alami pada tahun lalu.

“Hari ini pemain-pemain saya beraksi dengan cemerlang dan saya percaya pasukan yang membuat kesilapan kecil akan tewas dan siapa yang bijak untuk menggunakan setiap peluang dengan sebaiknya akan memperolehi kemenangan,” ujar Hasrul yang ditemui selepas tamat perlawanan.

Mengulas mengenai lawan yang mungkin menanti Sabah di perlawanan akhir, Hasrul menambah dia memandang sama ada Perak mahupun Kuala Lumpur adalah pasukan yang terbaik dan akan mempersiapkan pasukannya dengan sebaik mungkin untuk memberikan persembahan yang cemerlang di pentas akhir nanti.

“Kami menanti dengan sabar siapakah lawan yang akan kami temui di pentas akhir sama ada Perak atau Kuala Lumpur dan kami hanya memberikan tumpuan kepada pasukan sendiri dan pastikan pasukan kami sudah cukup bersedia untuk memberikan persembahan yang terbaik.

“Saya menjangkakan satu perlawanan final yang hebat kerana pasukan yang telah mara ke pentas akhir adalah pasukan yang terbaik dan siapa yang berada di tahap prestasi yang tertinggi akan pulang sebagai juara,” jelas Hasrul lagi.

Dalam pada itu Kuala Lumpur yang mencatatkan keputusan seri 0-0 ketika bertemu Perlis perlu mencari kemenangan dalam perlawanan terakhir kumpulan X bertemu Perak, esok seandainya mahu melangkah ke perlawanan akhir.

Sementara bagi kategori perempuan, Kuala Lumpur yang telah mencatatkan dua kemenangan berturut-turut menewaskan Melaka dan Terengganu berjaya menempah tempat di perlawanan akhir sambal menanti siapakah sama ada Pahang atau Pulau Pinang bakal menjadi lawan mereka di pentas final.

Untuk rekod, tahun lalu Kuala Lumpur menamatkan singan di tempat kesepuluh dan membuat kejutan pada tahun ini apabila telah mengesahkan slot di pentas final.

Berikut merupakan jadual bagi kategori lelaki (Jumaat, 15. Disember. 2017) :
0700: Kedudukan 15 hinggan 13, Sarawak mln Melaka
0830: Kedudukan 12 hingga 10, Singapura mln Pulau Pinang
1600: Kedudukan 7 hingga 9, Selangor mln Kelantan
1730: Kumpulan X, Kuala Lumpur mln Perak
1900: Kumpulan Y, Johor mln Pahang

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi kategori perempuan (Jumaat, 15 Disember 2017) :
0730: Kedudukan ke 12 hingga 10, Sarawak mln Kedah
0900: Kedudukan ke 9 hingga 7, Johor mln Perlis
1500: Kumpulan X, Terengganu mln Melaka
1630: Kumpulan Y, Selangor mln Pulau Pinang

Recent Posts

Leave a Comment