Piala Tan Sri P. Alagendra: Roslan Muncul Wira Bantu KLHC Julang Piala

Roslan Jamaluddin muncul wira membantu Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) menjulang Piala Tan Sri P. Alagendra 2018 selepas menyelamatkan bola penalti shoot-out pengambil terakhir Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari pada perlawanan akhir Piala Tan Sri P. Alagendra 2018 yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, hari ini.

Perlawanan 60 minit berkesudahan dengan kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 3-3 dan mengheret permainan hingga ke penentuan shoot-out dimana KLHC berjaya untuk memusnahkan impian THT untuk mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan meraka 4-3 dalam penentuan tersebut.

Aksi di suku pertama menyaksikan KLHC mempunyai peluang untuk terlebih dahulu membuka tirai jaringan apabila dihadiahakn dengan pukulan sudut penalti pertama, namun fliker mereka, Muhammad Razie Abdul Rahim tidak berjaya untuk menterjemahkannya kepada jaringan.

Sebalik KLHC mencari gol awal, THT berjaya mengejutkan mereka pada minit kesepuluh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Gonzalo Peillat dan tidak terhenti setakat itu, berselang seminit kemudian THT yang sekali lagi dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti memastikan pasukannya melebarkan kedudukan 2-0 apabila kali ini giliran Manraj Singh Sarjit Singh untuk terus meletakkan THT dihadapan.

Ketinggalan 2-0 di suku pertama nyata tidak mematahkan semangat anak-anak buah Lim Chiow Chuan untuk bangkit dan menjadikan aksi di suku kedua milik mereka dan mengikat kedudukan 2-2. Bermula dengan jaringan pukulan sudut penalti import Korea Selatan KLHC, Jang Jonghyun pada minit ke-16, KLHC terus bangkit mengikat kedudukan pada minit ke-23 menerusi Mohd Syamim Mohd Yusof yang turut menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti.

THT bagaimanapun mempunyai peluang terbaik untuk menamatkan separuh masa pertama di hadapan menerusi Peillat namun pukulan sudut penalti ketiga yang dimiliki THT dinafikan oleh palang gol.

Bersambung suku ketiga, KLHC terus melebarkan kedudukan dengan jaringan pemain import Australia mereka, Joshua Pollard pada minit ke-34 menerusi gerakan padang dan KLHC dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti ketujuh perlawanan namun Razie Rahim sekali lagi tidak berjaya untuk menterjemahkannya kepada jaringan.

Dlaam pada itu kekalutan yang berlaku di kawasan ‘D’ KLHC pada suku keempat nyata memberikan kelebihan untuk THT apabila dihadiahkan dengan pukulan stroke pada minit ke-53 dan Peillat tidak mempunyai masalah untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti shoot-out apabila perlawanan 60 minit berkesudahan 3-3.

Keputusan seri yang dicatat dalam 60 minit perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi hadiah kemenangan RM 100,000.00 dimana kedua-dua pasukan akan membawa pulang RM 50,000.00 setiap pasukan dan Gonzalo Peillat (THT) yang dinobatkan selaku pemain terbaik kejohanan membawa pulang RM 1000.00

Recent Posts

Leave a Comment