TNB LHM 2018: Kelibat Pemain Import Hangatkan Liga Musim 2018

Selepas tamat Piala Tan Sri P. Alagendra yang menyaksikan Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) muncul juara untuk kali pertama, tumpuan kini terarah kepada TNB Liga Hoki Malaysia 2018 yang akan membuka tirai pada 12 Januari 2018 hingga 10 Februari 2018 apatah lagi dengan kehadiran 24 pemain import secara keseluruhan dilihat bakal menghangatkan lagi saingan liga musim ini.

Empat pasukan, Terengganu Hockey Team (THT), KLHC, UniKL dan Maybank melengkapkan kuota enam pemain import untuk disenaraikan di dalam pasukan dan sepuluh pemain import berasal dari Australia dilihat menguasai jumlah keseluruhan 24 pemain diikuti dengan pemain yang berasal dari Argentina lima pemain, Korea Selatan, Belandan dan Pakistan dua pemain setiap negara dan German, England serta Ireland seorang pemain.

Paling mencuri tumpuan tentunya pemain import daripada THT yang membawa empat pemain Argentina, satu German dan satu Pakistan. Daripada empat pemain yang berasa dari Argentina, tentunya Gonzalo Peillat merupakan tumpuan utama peminat hoki tempatan dimana Peillat baru dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan akhir Piala Tan Sri P. Alagendra 2018 dan muncul penjaring terbanyak dengan meledak enam gol pada aksi pertama di Malaysia.

Selain daripada itu, kredibiliti dan rekod yang dipegang oleh Peillat menjadi bualan peminat tempatan dimana beliau merupakan pemain yang membantu Argentina untuk memenangi pingat emas dua edisi Sukan Olimpik pada tahun 2012 dan 2016 selain merupakan penjaring terbanyak bagi Piala Dunia 2014 di Hague dan Sukan Olimpik Rio 2016.

KLHC juga turut tidak ketinggalan untuk menampilkan pemain import terbaik dan mereka telah mendapatkan kidmat import Korea Selatan, Jang Jonghyun yang telah beraksi bersama THT pada musim lalu yang juga merupakan pemain kebangsaan Korea Selatan bersama rakan senegaranya Lee Nam Yong.

Penjaga gol import pasukan UniKL dari Ireland, David John Harte yang merupakan penjaga gol terbaik dunia pada tahun 2015 dan 2016 juga dilihat berjaya untuk mencuri tumpuan peminat hoki tanah air dengan memiliki susuk tubah yang tinggi lampai serta ketangkasannya mempertahankan banteng terakhir UniKL selain Kieran Ian Govers yang merupakan pemain kebangsaan Australia.

Meledak lima gol ketika penampilan pertama di Piala Tan Sri P. Alagendra 2018, Ian Govers juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan pemegang pingat perak Sukan Olimpik London 2012.

Selain itu, Maybank juga turut tidak ketinggalan menampilkan enam pemain import empat daripada mereka merupakan kelahiran Australia, Hayward Leon Kayne, Oscar William Wookey, Joshua Bertherton dan Allan Oscar William selain seorang daripada Argentina, Bertoni Federico dan seorang daripada Pakistan, Muhammad Azfar Yaqoob.

Diharapkan kelibat 24 pemain import ini akan membantu menaikkan lagi mutu liga di Malaysia selain menarik lebih ramai lagi penyokong untuk terus turun ke stadium memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka dalam tempoh sebulan liga berlangsung.

Recent Posts

Leave a Comment