Malaysian Tigress Tewas Aksi Persahabatan Terakhir

In MAIN

Malaysian Tigress menutup aksi persahabatan bertemu New South Wales Institute of Sports (NSWIS) hari ini dengan kekalahan 0-3 pada aksi yang berlangsung di stadium utama yang juga merupakan venue pertandingan Sukan Komanwel Gold Coast, 2018.

Tumpuan skuad wanita negara kini lebih terarah kepada memperbaiki kelemahan dan mempersiapkan pasukan dengan sebaiknya menjelang perlawanan pembukaan skuad wanita negara di mana mereka akan turun bertemu India pada perlawanan pertama yang akan berlangsung pada Jumaat, 6 April. 2018.

Pengendali negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah ketika dihubungi selepas tamat aksi persahabatan menjelaskan skuad negara memiliki banyak peluang untuk meledak gol termasuk lapan pukulan sudut penalti namun buntu untuk menterjemahkan peluang-peluang tersebut kepada jaringan.

“Kami beraksi di stadium utama dan dipenuhi dengan pasukan-pasukan lain jadi kami tidak mempraktikan sepenuhnya perancangan yang diatur kerana tidak mahu dibaca oleh lawan.

“Kami dihadiahkan dengan lapan pukulan sudut penalti tetapi tidak berjaya untuk menukarnya kepada jaringan dan kesemua pukulan tersebut kami mengambil secara terus serta tidak melakukan set-piece.

“Selain itu kami juga berjaya mencipta banyak peluang di kawasan lawan tetapi melakukan penyudahan dengan sempurna masalah yang perlu kami ambil berat ketika ini namun apa yang penting kami berjaya mencipta peluang untuk melakukan jaringan.

“Pasukan lawan berjaya menjaringkan gol menerusi serangan balas dan seperti biasa pasukan yang bijak mengambil peluang akan berjaya menjaringkan gol, ujar Dharmaraj.

Untuk rekod Malaysia Tigress menewaskan NSWIS pada aksi persahabatan pertama dengan keputusan 4-2 pada Khamis lepas.

Recent Posts

Leave a Comment