Keputusan Undian Peringkat Suku Akhir Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018

In MAIN

Undian peringkat suku akhir Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 telahpun berlangsung sebentar tadi di Bilik Mesyuarat MHC, Stadium Hoki Bukit Jalil.

Lapan pasukan terbaik terdiri daripada enam pasukan Divisyen 1 dan dua pasukan daripada Divisyen 2 saingan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 bakal bersaing di peringkat ini bagi menentukan pasukan mana bakal ke saingan seterusnya.

Semua perlawanan suku akhir akan dilangsungkan pada 2 Mei ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil (SHNBJ) dan juga di Padang 2, SHNBJ.

Keputusan undian perlawanan peringkat suku akhir adalah seperti berikut:

5.00pm: Anderson Thunderbolt lwn MBMB Warriors (SHNBJ)

5.00pm: MSSPP- PSHA lwn AHP- SSP- Thunderbolt (SHNBJ, Padang 2)

8.00pm: SSTMI Thunderbolt lwn MBPJ Tigers (SHNBJ)

8.00pm: BJSS Thunderbolts lwn SMKDBL- UniKL- PHJ (SHNBJ, Padang 2)

Recent Posts

Leave a Comment