Trofi Juara-Juara Asia: Syafi, Asfarina Pikat Hati Dharmaraj

Aksi cemerlang yang berjaya ditampilkan oleh pemain-pemain bawah-18 tahun ketika di Kelayakan Sukan Olimpik Remaja, Zon Asia 2018, Bangkok Thailand baru-baru ini memikat hati pengendali skuad wanita negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah untuk menyenaraikan dua pemain berusia bawah 18 tahun tersebut bagi beraksi di Trofi Juara-Juara Asia 2018 yang berlangsung di Stadium Sunrise, Bandar Donghae, Korea Selatan.

Nur Maizatulhanim Syafi Sheik Fuad dan Nor Asfarina Isahyifika Isahhiddun merupakan dua pemain yang diserap bersama skuad senior kebangsaan selain Dharmaraj juga turut menyenaraikan Nurul Syafiqa Mat Isa dan Nur Zafirah Aziz di dalam senarai 18 pemain ke Korea Selatan.

Jelas Dharmaraj yang memiliki 26 pemain dibawah kendaliannya, dia ingin memberikan peluang kepada Syafi dan Asfarina untuk mengembangkan kebolehan yang dimiliki bersama skuad senior selain menyedari perlawanan di peringkat bawah 18 dan senior mempunyai perbezaan namun merasakan kedua pemain tersebut layak untuk mendapat peluang.

“Keutamaan saya adalah untuk memberikan peluang kepada pemain-pemain muda mengembangkan bakat mereka dan saya merasakan untuk kejohanan ini Syafi dan Asfarina layak untuk mendapatkan peluang menunjukkan kebolehan mereka.

“Saya tidak menggugurkan pemain tetapi mahu memberikan peluang kepada pemain-pemain muda untuk mendapatkan pendedahan kejohanan diperingkat yang lebih tinggi.

“Saya juga menyedari kejohanan di peringkat bawah 18 dan peringkat senior mempunyai perbezaan tetapi saya tetap merasakan mereka layak untuk diberikan peluang dan dengan memberikan pendedahan seperti ini ia akan mewujudkan satu suasana persaingan sihat dikalangan 26 pemain bagi merebut tempat ke Sukan Asia Ogos nanti,” ujarnya.

Kejohanan yang akan membuka tirai pada 13 hingga 20 Mei ini menyaksikan Malaysia yang berada di kedudukan ranking ke-22 akan bersaing disamping China yang berkedudukan di ranking kelapan, Korea Selatan (9), India (10) dan Jepun (12).

Skuad negara yang akan berlepas ke Korea Selatan pada 8 Mei membuka tirai perlawanan bertemu tuan rumah, Korea Selatan pada 13. Mei. 18, jam 3.30 petang waktu Malaysia.

Berikut merupakan senarai 18 pemain yang akan ke Trofi Juara-Juara Asia 2018, Bandar Donghae, Korea Selatan:

  1. Farah Ayuni Bt  Yahya
  2. Mas Huzaimah Bt Md Aziz
  3. Siti Noor Amarina Bt Ruhani
  4. Juliani Bt Mohamad Din
  5. Raja Norsharina Bt Raja Shabuddin
  6. Nuraini Bt Abd Rashid
  7. Surizan Bt Awang Noh
  8. Wan Norfaiezah Bt Md Saiuti
  9. Fatin Shafika Bt Md Shukri
  10. Hanis Nadia Bt Onn
  11. Nuraslinda Bt Said
  12. Nur Syafiqah Bt Mohd Zain
  13. Nurul Nabihah Bt Mansur
  14. Nur Amirah Shakirah Bt Zulkifli
  15. Nurul Syafiqa Bt Mat Isa
  16. Nur Zafirah Bt Aziz
  17. Nur Maizatulhanim Syafi Bt Sheik Fuad
  18. Nor Asfarina Isahyifika Bt Isahhiddun
Recent Posts

Leave a Comment