Piala TNB 2018: AHP-SSP-Thunderbolt, SSTMI Thunderbolt Sekali Lagi Ke Pentas Final

AHP-SSP-Thunderbolt dan SSTMI Thunderbolt mengesahkan tempat mereka di pentas final yang akan berlangsung pada Ahad ini selepas AHP-SSP-Thunderbolt menewaskan Anderson Thunderbolt 4-1 dan SSTMI Thunderbolt mengetepikan cabaran SMKDBL-UniKL-PHJ 3-1 pada perlawanan separuh akhir Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Padang 1.

Bagaikan mengulangi skrip separuh akhir tahun lalu, AHP-SSP-Thunderbolt dan SSTMI Thunderbolt sekali lagi bakal berksi di pentas final bagi merebut gelaran juara dan misi AHP-SSP-Thunderbolt pastinya mahu mengubati duka tewas 4-3 pada penentuan shoot-out di perlawanan akhir tahun lalu.

Pertemuan AHP-SSP-Thunderbolt dengan Anderson Thunderbolt yang berlangsung hari ini, menyaksikan AHP-SSP-Thunderbolt berjaya membuka tirai jaringan tiga minit sebelum separuh masa pertama berakhir menerusi jaringan padang Muhammad Noor Firdaus Rosdi

Memasuki suku ketiga, AHP-SSP-Thunderbolt terus memastikan mereka berada di hadapan apabila kelebihan pukulan sudut penalti yang dimiliki dimanafaatkan sebaiknya oleh Muhammad Hafiz Zauri yang melakukan flik terus menewaskan penjaga gol Anderson Thunderbolt.

Bagaimanapun Anderson Thunderbolt tidak berputus asa apabila cuba untuk merapatkan jurang jaringan menerusi jaringan padang Mohammad Syazwan Syafiq Basir pada minit ke-51 namun berselang empat minit kemudian Firdaus Rosdi sekali lagi muncul sekalu penjaring untuk meletakkan AHP-SSP-Thunderbolt kembali dihadapan 3-1 apabila gerakan solonya menewaskan tiga pemain pertahanan dan berjaya memperdaya pengaja gol untuk meledak jaringan.

Seminit sebelum perlawanan sebenar berakhir Firdaus Rosdi terus mencatat nama selaku penjaring dan jaringan keempat AHP-SSP-Thunderbolt itu mengesahkan kemenangan 4-1 mereka untuk mara ke pentas final dengan selesa.

Dalam satu lagi pertemua separuh akhir yang berlangsung, SSTMI Thunderbolt mara ke perlawanan akhir mengecewakan SMKDL-UniKL-PHJ 3-1.

SSTMI Thunderbolt berjaya memastikan aksi di suku pertama kekal milik mereka dengan jaringan yang dihasilkan oleh Izzuan Ismail pada minit ke-11 selepas bijak untuk menggunakan situasi kelam kabut di kawasan gol lawan.

Bersambung separuh masa kedua, SSTMI terus menggandakan asakan akhirnya berjaya untuk menambah satu lagi jaringan kali ini menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan pada minit ke-37 oleh Muhammad Arif Syafie Ishak dan minit ke-55 SSTMI yang sekali lagi dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti terus melebarkan sayap jaringan kali ini menerusi Mohammad Akhimullah Anuar Esook.

SMKDBL-UniKL-PHJ berjaya untuk mendapatkan jaringan saguhati pada minit ke-55 apabila Muhammad Haikal Khairul Azmi menggunakan sepenuhnya kelebihan pukulan sudut penalti untuk mengubah kedudukan 3-1 bagaimanapun jaringan tersebut telah terlewat untuk menyekat SSTMI Thunderbolt daripada melangkah ke final.

Sementara itu, aksi separuh akir TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 (Wanita) yang turut berlangsung hari ini MSSPP-PSHA yang menewaskan MSP-SSP 3-1 bakal membuat pertemuan dengan Wipers-KLSS yang turut menewaskan lawan mereka SSTMI-PKS Uniten 2-1 dalam penentuan shoot-out selepas perlawanan sebenar tamat tanpa sebarang jaringan.

 

Keputusan Hari Ini.

Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 (Separuh Akhir)

Anderson Thunderbolt 1 AHP-SSP-Thunderbolt 4

SSTMI Thunderbolt 3 SMKDBL-UniKL-PHJ 1

 

TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 Wanita (Separuh Akhir)

MSSPP-PSHA 3 MSP-SSP 1

Wipers-KLSS 0 SSTMI-PKS Uniten 0

**Wipers-KLSS menang shoot-out 2-1

 

Jadual perlawanan akhir (Ahad, 6 Mei 2018)

Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018

AHP-SSP-Thunderbolt lwn SSTMI Thunderbolt (6.30 petang)

 

TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 Wanita

MSSPP-PSHA lwn Wipers-KLSS (4.00Petang)

 

**Semua perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Padang 2.

Recent Posts

Leave a Comment