20 Pemain Sedia Ikuti Siri Jelajah Argentina

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini dalam satu sidang media yang telah dijalankan di bilik mesyuarat KHM mengumumkan senarai 20 pemain skuad lelaki kebangsaan yang akan mengikuti siri jelajah Argentina dari 24 Mei hingga 1 Jun 2018 sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan Asia 2018 yang akan berlangsung di Palembang dan Jakarta pada 18 Oktober hingga 2 September 2018.

Seramai 20 pemain akan dibawa ke Buenos Aires menyaksikan tiga pemain negara, Mohd Fitri Saari dan Muhamad Ramadan Rosli yang mengalami kecederaan tidak akan mengikuti siri jelajah perlawanan persahabatan ini selain Muhammad Firhan Ashari yang menghitung hari untuk bergelar ayah memohon untuk tidak mengikuti siri jelajah tersebut kerana mahu bersama isterinya yang bakal melahirkan anak sulung mereka dalam masa terdekat.

Ketiadaan dua pemain yang mengalami kecederaan (Fitri dan Ramadan) membuka peluang buat Muhammad Haziq Samsul dan Muhammad Najib Abu Hassan untuk membuktikan kemampuan mereka bagi merebut tempat beraksi di Sukan Asia, Ogos nanti.

Kesempatan untuk beraksi di siri jelajah perlawanan persahabatan ini perlu dimanafaatkan dengan sebaiknya oleh pemain muda negara, Najib Abu Hassan dan perlawanan ini boleh dijadikan sebagai salah satu platform untuknya menimba ilmu beraksi bersama pemain senior yang lain selain menambat hati pengendali negara, Stephen van Huizen untuk disenaraikan ke Sukan Asia 2018.

Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin yang masih dalam proses pemulihan kecederaan lama (lutut) dan belum mengikuti latihan bersama skuad kebangsaan sepenuhnya tidak dapat memberikan khidmat bersama skuad kebangsaan untuk aksi jelajah kali ini.

Selain itu penjaga gol utama negara, S. Kumar kembali berada di dalam senarai pemain selepas tamat tempoh penggantungan kes doping bulan lepas akan menyertai seorang lagi penjaga gol negara, Muhammad Hairi Abd Rahman.

Enam perlawanan persahabatan dijadualkan bakal berlangsung di antara Malaysian Tigers bersama skuad kebangsaan Argentina pada 25 Mei hingga 2 Jun 2018.

Skuad negara dijadualkan terbang ke Buenos Aires pada 21 Mei jam 1.55 pagi dan dijangka tiba ke tanah air pada 4 Jun jam 2.25 petang.

Berikut merupakan senarai pemain yang menyertai siri jejalah di Argentina:

  1. Muhammad Hairi Bin Abd Rahman
  2. Kumar Subramaniam
  3. Mohamad Sukri Bin Abdul Mutalib
  4. Muhammad Razie Bin Abd Rahim
  5. Muhammad Najmi Farizal Bin Jazlan
  6. Syed Mohamad Syafiq Bin Syed Cholan
  7. Faiz Helmi Bin Jali
  8. Muhammad Azri Bin Hassan
  9. Muhammad Najib Abu Hassan
  10. Meor Muhamad Azuan Bin Hassan
  11. Muhammad Marhan Bin Jalil
  12. Joel Samuel Van Huizen
  13. Nabil Fiqri Bin Mohd Noor
  14. Muhammad Amirol Aideed Bin Mohd Arshad
  15. Tengku Ahmad Tajuddin Bin Tengku Abdul Jalil
  16. Faizal Bin Saari
  17. Nik Muhammad Aiman Bin Nik Rozemi
  18. Norsyafiq Bin Sumantri
  19. Muhammad Shahril Bin Saabah
  20. Muhammad Haziq Bin Samsul

 

Berikut merupakan jadual perlawanan persahabatan (Waktu Malaysia):

25 Mei: Argentina lwn Malaysia, 6.00 pagi, Mar del Plata

27 Mei: Argentina lwn Malaysia, 5.00 pagi, Mar del Plata

28 Mei: Argentina lwn Malaysia, 5.00 pagi, Mar del Plata

30 Mei: Argentina lwn Malaysia, 6.00 pagi, Mar del Plata

01 Jun: Argentina lwn Malaysia, 5.00 pagi, Club Ciudad de Buenos Aires

02 Jun: Argentina lwn Malaysia, 5.00 pagi, Club Ciudad de Buenos Aires

Recent Posts

Leave a Comment