Persediaan Sukan Asia 2018: Malaysian Tigers dan Tigress Jalani Aksi Persahabatan di Australia

Skuad hoki lelaki dan wanita negara akan menjalani sesi persediaan terakhir sebelum ke Sukan Asia 2018 di Indonesia yang akan membuka tirai pada 18 Ogos ini dengan mengadakan perlawanan persahabatan di Australia bagi memastikan misi untuk menaiki podium pada kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali itu berjaya dilaksanakan.

Skuad wanita akan berada di Brisbane dari 20 hingga 30 Julai 2018 dan bakal menjalani lima perlawanan persahabatan menentang Queensland Academy of Sports (QAS) yang dijadualkan berlangsung di Pusat Hoki Brisbane.

Kapten pasukan wanita negara, Siti Noor Amarina Ruhani mahu beberapa kelemahan pasukan yang telah dikenalpasti selepas tamat Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018, baru-baru ini diperbaiki dengan sebaiknya ketika menjalani lima perlawanan persahabatan tersebut.

“Kami telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti dari segi serangan balas, menyudahkan pukulan sudut penalti terus dan cara untuk mengawal keadaan ketika kami dalam situasi kekurangan pemain.

“Kelemahan-kelemahan tersebut saya harap dapat diperbaiki dengan sebaiknya ketika di Brisbane dan secara tidak langsung juga aksi persahabatan tersebut kami perlu menggunakan dengan sepenuhnya sebagai persiapan untuk memantapkan pasukan menjelang Sukan Asia 2018,” jelas Amarina ketika dihubungi.

Sementara itu skuad lelaki yang akan ke Perth dari 21 Julai hingga 2 Ogos 2018 turut akan mengharungi lima perlawanan persahabatan menentang pasukan Australia dan aksi mereka dijadualkan berlangsung di Curtin University Campus yang juga merupakan Institut Sukan Australia (AIS).

Berikut merupakan senarai penuh 20 pemain skuad lelaki dan wanita yang akan menyertai siri perlawanan persahabatan di Australia.

Malaysian Tigers:

  1. Kumar Subramaniam
  2. Muhammad Hairi Bin Abd Rahman
  3. Mohamad Sukri Bin Abdul Mutalib
  4. Muhammad Razie Bin Abd Rahim
  5. Syed Mohamad Syafiq Bin Syed Cholan
  6. Faiz Helmi Bin Jali
  7. Muhammad Azri Bin Hassan
  8. Meor Muhamad Azuan Bin Hassan
  9. Muhammad Marhan Bin Jalil
  10. Joel Samuel Van Huizen
  11. Mohd Fitri Bin Saari
  12. Nabil Fiqri Bin Mohd Noor
  13. Muhammad Amirol Aideed Bin Mohd Arshad
  14. Tengku Ahmad Tajuddin Bin Tengku Abdul Jalil
  15. Faizal Bin Saari
  16. Nik Muhammad Aiman Bin Nik Rozemi
  17. Muhammad Firhan Bin Ashari
  18. Norsyafiq Bin Sumantri
  19. Muhammad Shahril Bin Saabah
  20. Muhamad Ramadan Bin Rosli

 

Malaysian Tigress:

  1. Farah Ayuni Bt Yahya
  2. Mas Huzaimah Bt Md Aziz
  3. Siti Noor Amarina Bt Ruhani
  4. Juliani Bt Mohamad Din
  5. Raja Norsharina Bt Raja Shabuddin
  6. Nuraini Bt Abd Rashid
  7. Surizan Bt Awang Noh
  8. Wan Norfaiezah Bt Md Saiuti
  9. Fatin Shafika Bt Md Shukri
  10. Hanis Nadia Bt Onn
  11. Nuraslinda Bt Said
  12. Nur Syafiqah Bt Mohd Zain
  13. Fazilla Sylvester Silin
  14. Nurul Syafiqa Bt Mat Isa
  15. Nur Zafirah Bt Aziz
  16. Nur Maizatulhanim Syafi Bt Sheik Fuad
  17. Kirandeep Kaur a/p Gurdip Singh
  18. Nor Asfarina Isahyifiqa Binti Isahhidun
  19. Norazlin Binti Sumantri
  20. Noor Hasliza Binti Md Ali

 

Jadual perlawanan skuad wanita bertemu Queensland Academy of Sports (QAS)

Isnin 23 Julai                 Perlawanan 1- 5.00 petang (Waktu Malaysia)

Selasa 24 Julai              Perlawanan 2- 3.30 petang (Waktu Malaysia)

Khamis 26 Julai           Perlawanan 3- 3.30 petang (Waktu Malaysia)

Jumaat 27 Julai            Perlawanan 4- 3.00 petang (Waktu Malaysia)

Ahad 29 Julai                Perlawanan 5- 1.00 petang (Waktu Malaysia)

 

Jadual perlawanan skuad lelaki bertemu pasukan Australia.

Selasa 24 Julai              Perlawanan 1- 2.30 petang (Waktu Malaysia)

Rabu 25 Julai                Perlawanan 2- 11.30 pagi (Waktu Malaysia)

Jumaat 27 Julai            Perlawanan 3- 12.30 tengah hari (Waktu Malaysia)

Isnin 30 Julai               Perlawanan 4- 1.30 petang (Waktu Malaysia)

Rabu 1 Ogos                  Perlawanan 5- 10.00 pagi (Waktu Malaysia)

 

Berikut merupakan butiran penerbangan pergi dan balik bagi skuad lelaki dan wanita ke Austalia.

Skuad Wanita:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Perlepasan: 20 Julai 2018 – OD157M, 6.05petang

Ketibaan: 30 Julai 2018 – OD158T, 3.45petang

 

Skuad Lelaki:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Perlepasan: 21 Julai 2018 – OD155K, 6.45petang

Ketibaan: 2 Ogos 2018 – OD152X, 8.55malam

Recent Posts

Leave a Comment