Permulaan Cemerlang Buat Pasukan Hoki Wanita Pahang

KUALA LUMPUR (18 November 2017): Pasukan hoki wanita Pahang selaku juara bertahan, membuka tirai saingan TNB Piala Tun Abdul Razak (W) 2017 kumpulan A dengan bergaya selepas menumpaskan Terengganu 4-0 di Stadium Hoki Kuala Lumpur petang tadi. Kapten pasukan Pahang, Nuraini Abdul Rashid berjaya menghasilkan gol pertama pasukannya pada minit ke-8 menerusi pukulan sudut penalti. […]