Skuad Hoki Dalam Dewan Lelaki Negara Buka Kempen Dengan Kemenangan

Turun selaku juara bertahan, Pasukan Hoki Dalam Dewan Lelaki Negara membuka kempen Temasya Sukan SEA 2023, Phnom Penh, Kemboja bagi acara Hoki Dalam Dewan yang berlangsung di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar dengan kemenangan selepas menewaskan tuan rumah, Kemboja 10-1. Faridzul Afiq Mohd yang membuka tirai jaringan seawal minit pertama perlawanan menerusi gol pukulan sudut […]
Skuad Hoki Dalam Dewan Wanita Negara Bermula Langkah Kanan

Temasya Sukan SEA 2023, Phnom Penh, Kemboja bagi acara Hoki Dalam Dewan membuka tirai hari ini dengan Pasukan Wanita Negara yang turun bertemu Singapura tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawan mereka itu, 8-0. Aksi yang berlangsung di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar itu menyaksikan Skuad Wanita Negara berada selesa 6-0 dihadapan pada separuh masa pertama […]