Kebangkitan Dramatik Young Tigers Benam Jepun 4-2

Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan mempamerkan kebangkitan dramatik dengan menundukkan Jepun 4-2 dalam aksi kedua Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2026 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru hari ini. Kemenangan itu secara tidak langsung meningkatkan motivasi barisan pemain untuk satu lagi pertemuan getir menentang Pakistan dalam aksi ketiga SOJC 2026 malam esok. […]