Hoki Asia B18 Wanita: Pencapaian Malaysia Tidak Mengecewakan

Dengan satu kemenangan, satu seri, dan satu kekalahan, Malaysia bakal membuat perhitungan merebut tempat kelima/keenam dalam Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita B-18 menentang tuan rumah, Thailand pada hari Khamis ini.

Pencapaian itu boleh dianggap tidak mengecewakan dan sudah tentu satu pengalaman berguna untuk skuad masa depan negara ini.

Beraksi dalam perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia berjaya mengikat China dengan keputusan seri 2-2 pada 16 Disember lalu.

Seterusnya dalam perlawanan kedua, mereka berjaya membelasah Chinese Taipei dengan keputusan 7-1 sekaligus membuka peluang untuk ke separuh akhir kejohanan tersebut.

Apapun, cita-cita Malaysia ke separuh akhir musnah akibat kekalahan 1-3 kepada pasukan gergasi Asia iaitu India dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Isnin lalu (19 Disember) yang mengakibatkan mereka terpaksa menghuni tangga ketiga Kumpulan A.

Anak buah Gobinathan akan menentang Thailand yang juga menghuni tangga ketiga dalam kumpulan B untuk perlawanan terakhir Khamis ini bagi menentukan kedudukan kelima dan keenam kejohanan ini.

Tidak perlu dicemuh, tidak perlu dicaci tetapi teruslah menyokong pasukan hoki muda  negara sambil mengharapkan pengalaman yang ditimba akan mematangkan permainan mereka demi kejayaan sukan ini pada masa hadapan. Ayuh Malaysia!

Recent Posts

Leave a Comment