TNB Liga Hoki Malaysia Musim 2018 Sedia Buka Tirai.

Peminat sukan hoki tempatan sudah boleh bersedia untuk merasai kehangatan Liga Hoki Malaysia 2018 yang akan membuka tirai pada 3. Januari 2018 bermula dengan perebutan Piala Tan Sri P Alagendra dan diikuti dengan perlawanan pembukaan bagi TNB Liga Hoki Malaysia (Premier), Perlawanan Sumbangsih yang akan menemukan Terengganu Hockey Team (THT) dan Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) pada 12. Januari 2018.

Dalam satu sidang media yang berlangsung di Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini, KHM telah mengeluarkan senarai pasukan yang telah mengesahkan penglibatan mereka bagi TNB Liga Hoki Malaysia (Premier), TNB Liga Hoki Malaysia (Divisyen 1) dan pasukan yang memilih untuk mengambil bahagian dalam Piala Tan Sri P Alagendra.

Terdahulu Piala Tan Sri P. Alagendra yang akan berlangsung dari 3 hingga 7 Januari dengan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menjadi venue pertandingan, akan bermula dengan saingan kalah mati menyaksikan THT diberikan kelebihan selaku juara musim lalu untuk mara ke pusingan kedua secara automatik sementara 14 pasukan yang lain akan berentap untuk mara ke pusingan tersebut.

Seterusnya, perlawanan pembukaan TNB Liga Hoki Malaysia (Premier) atau Perlawanan Sumbangsih yang menemukan THT dan KLHC akan berlangsung pada 12. Januari 2018 dengan Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu dipilih selaku venue pertandingan dan secara rasminya TNB Liga Hoki Malaysia (Premier) akan bermula dari 12. Januari 2018 hingga 10 Februari 2018 melibatkan enam pasukan, THT, KLHC, UniKL, TNB, TNB Thunderbolt dan Maybank.

Sementara itu bagi Divisyen Satu, sebanyak 13 pasukan telah mengesahkan penglibatan mereka bagi liga musim 2018 dan sembilan daripada 13 pasukan tersebut akan berentap dalam perlawanan Piala Sumbangsih.

Bagi Divisyen Satu, ianya akan dibahagikan kepada dua kumpulan di mana dalam kumpulan A dihuni oleh; MBPJ Tigers, Sukma Penang, Remaja Pahang, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT)- THT, Politeknik KPT dan SSTMI sementara bagi kumpulan B dibarisi oleh RMAF Rajawali, Majlis Bandaraya Ipoh, Selangor Hockey Team, BJSS, Kedah Hockey Team dan OLAK.

Berikut merupakan jadual perlawanan kalah mati bagi Piala Tan Sri P. Alagendra yang akan berlangsung pada 3 Januari 2018.

Kedah Hockey Team mln Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC)
MBPJ Tigers mln Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT)- THT
RMAF Rajawali mln UiTM
TNB mln Maybank
Selangor Hockey Team mln UniKL
TNB Thunderbolt mln BJSS
Sukma Penang mln OLAK

Recent Posts

Leave a Comment