Perlawanan Persahabatan: Malaysia Tewas Tipis Kepada Argentina

Malaysian Tigers terpaksa akur tewas tipis 2-3 kepada Argentina dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan laju pada awal perlawanan untuk sekurang-kurangnya mendapatkan jaringan awal namun kedua-dua pasukan yang dihidangkan dengan beberapa peluang buntu untuk meledak gol awal.

Argentina akhirnya berjaya untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi gol padang Lucas Villa namun jaringan tersebut tidak mematahkan semangat anak-anak buah Stephen van Huizen untuk meningkatkan permainan mereka apabila memperolehi tiga peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun tidak berjaya menterjemahkan peluang tersebut kepada jaringan.

Sikap tidak berputus asa Malaysian Tigers akhirnya membuahkan hasil apabila Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi meledak gol penyamaan buat skuad negara seminit selepas aksi separuh masa kedua bersambung.

Argentina terus melebarkan kedudukan menjadi 3-1 menerusi dua jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-46 dan ke-48, masing-masing menerusi Gonzalo Peillat dan sekali lagi Lucas Villa mencatat nama selaku penjaring.

Beberapa saat sebelum wisel penamat dibunyikan, Malaysia kembali merapatkan kedudukan kali ini menerusi jaringan padang Muhammad Azri Hassan dan perlawanan tamat dengan Malaysia tewas 3-2.

Pengendali negara, Van Huizen mengkui masih ada perkara-perkara yang perlu diperbaiki oleh skuad bimbingannya terutama melepaskan dua gol pantas dalam tempoh dua minit.

“Ada beberapa perkara yang baik dan ada beberapa perkara perlu diperbaiki dalam perlawanan persahabatan hari ini di mana pemain meledak dua gol tetapi untuk melepaskan dua gol dalam masa dua minit setengah merupakan sesuatu yang perlu diperhatikan.

“Bagaimanapun perlawanan persahabatan ini adalah pengalaman yang baik untuk pemain-pemain muda seperti Syed Syafiq Syed Cholan, Amirol Aideed Mohd Arshad dan Norsyafiq Sumantri untuk beraksi dengan pasukan yang menjadi juara Sukan Olimpik serta berada di kedudukan raking kedua dunia.

“Bagi saya ini merupakan perlawanan persahabatan dan juga latihan yang bagus buat kami dan kami perlu berkerja keras lagi serta memperbaiki corak permainan kami,” ujar Stephen.

Malaysia akan turun menentang Argentina sekali lagi petang esok, jam 6.30 petang (Rabu, 28 Februari 2018) untuk aksi persahabatan kedua.

Recent Posts

Leave a Comment