Kejohanan Bawah-16: Perak, Johor Raih Tiga Mata Pertama Di Pusingan X-Y.

In MAIN

Perak dan Johor memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka pada aksi pusingan kedua Kumpulan X-Y bagi kategori lelaki apabila masing-masing tidak berdepan masalah untuk mengetepikan cabaran lawan mereka pada aksi TNB-KHM-1Mas Kejohanan Hoki Bawah 16 Kebangsaan Lelaki dan Perempuan 2018 yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Perak yang turun dengan misi untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi oleh mereka pada tahun lalu berjaya untuk meletakkan pasukan mereka di persada kumpulan Y apabila kemenangan 1-0 menewaskan Pahang dilihat cukup melegakan buat mereka.

Gol tunggal Perak tercetus pada minit ke-12 apabila Aman Shahnan Maznan bijak menggunakan ruang yang dimiliki untuk menjaringkan gol tunggal Perak menerusi gerakan padang.

Pahang bagaimanapun dilihat cuba untuk bangkit sekurang-kurangnya untuk mengikat kedudukan tidak berjaya untuk merobek gawang Perak dan jaringan tunggal Perak terus kekal sehingga tamat perlawanan.

Johor dalam pada itu berjaya memanafaatkan pukulan sudut penalti yang diterima oleh mereka untuk memastikan skuad bimbingan Mohd Nor Affazly Abdul Gaffar berada di puncak kumpulan X hasil kutipan tiga mata pertama menewaskan Kuala Lumpur 2-0

Dua pukulan sudut penalti yang diterima oleh mereka pada minit ke-40 dan ke-49 berjaya untuk disudahkan dengan cemerlang oleh Ronny Richard.

Walaupun Johor dan Kuala Lumpur memiliki peluang terbaik untuk meledak jaringan namun kebuntuan untuk melakukan penyudahan menyaksikan kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel dibunyikan.

Dalam pada itu bagi pertembungan kumpulan X-Y kategori perempuan menyaksikan Pahang (kumpulan X) dan Kuala Lumpur (kumpulan Y) berjaya untuk mengutip tiga mata pertama mereka dalam pusingan ini apabila cemerlang menewaskan lawan masing-masing.

Kebangkitan pada sembilan minit terakhir oleh skuad bimbingan Mohamad Sabri Mohamad membantu Pahang untuk mengecewakan Terengganu 2-1.

Terengganu berjaya membuka tiri jaringan seawal minit kedua menerusi jaringan padang Nur Nazurah Mohd Razali sebelum Pahang bangkit untuk mengikat kedudukan pada minit ke-51 apabila pukulan sudut penalti yang dihadiahkan kepada mereka cemerlang untuk disempurnakan oleh Zati Alyani Muhamad Zubir.

Beberapa saat sebelum wisel penamat dibunyikan, Nur Shazwani Zakaria muncul wira membantu pasukan Pahang memperolehi kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan X menerusi jaringan padangnya.

Sementara jaringan tunggal Nur Ainaa Abd Rahim seawal minit kedua memberikan sedikit kelegaan buat juara tahun lalu, Kuala Lumpur yang menewaskan Johor 1-0 untuk membawa pulang tiga mata pertama.

 

Jadual perlawanan esok, (Jumaat, 23 Mac 2018)

Perempuan (jam 6.00petang)

Kumpulan X: Pahang lwn Sabah

Kumpulan Y: Kuala Lumpur lwn Melaka

 

Lelaki (jam 7.15petang)

Kumpulan X: Kuala Lumpur lwn Pulau Pinang

Kumpulan Y: Pahang lwn Melaka

 

** Aksi kumpulan X, lelaki dan perempuan akan berlangsung di Padang 1, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sementara aksi Kumpulan Y, lelaki dan perempuan di Padang 2.

Recent Posts

Leave a Comment