KHM umumkan skuad 20 pemain ke Jelajah Eropah

In MAIN

Skuad hoki kebangsaan, the Malaysian Tigers akan berkelana ke Eropah bermula Julai 21 ini sebagai rangka persiapan bagi menghadapi kelayakan Sukan Olimpik 2020.

Skuad kendalian Roelant Oltmans dijadualkan bertemu enam negara Eropah termasuk Jerman, Sepanyol, England, Ireland, Netherlands dan Belgium dalam beberapa siri perlawanan bagi memastikan skuad negara berada dalam keadaan terbaik sebelum berdepan misi getir kelayakan Olimpik pada Oktober depan.

Peluang ini akan dimanfaatkan oleh the Malaysian Tigers bagi menerapkan tunjuk ajar oleh konsultan penyerang – Michael McCann dari Australia yang berada di tanah air sepanjang minggu lalu.

Bekas penyerang Kookaburras itu yang menjaringkan 72 gol dalam 165 penampilan antarabangsa telah menerapkan corak permainan pantas dalam semi-D bagi mempertajamkan jentera serangan negara.

Selepas mengharungi Jelajah Eropah, Malaysian Tigers akan ke Tokyo bagi menguji venue Sukan Olimpik 2020 yang menyaksikan mereka berdepan Jepun, Australia dan New Zealand pada Ogos sebelum persiapan diakhiri dengan satu perlawanan menentang Korea Selatan pada September.

Dalam pusingan kelayakan Olimpik 2020, Malaysia yang menduduki ranking ke-12 dunia berkemungkinan berjumpa sama ada Jerman yang menduduki ranking ke-7 dunia, New Zealand (8), Sepanyol (9) atau Kanada (10).

Berikut merupakan senarai 20 pemain yang akan bersama skuad kebangsaan bagi jelajah Eropah dari Julai 21 ini:

  1. Kumar A/L Subramaniam (GK)
  2. Adrian Andy Albert (GK)
  3. Mohamad Sukri Abdul Mutalib (DF)
  4. Faiz Helmi Bin Jali (DF)
  5. Muhammad Najib Abu Hassan (DF)
  6. Syed Mohamad Syafiq B. Syed Cholan (DF)
  7. Muhammad Razie B. Abd Rahim (DF)
  8. Muhammad Arif Syafie B. Isyak (DF)
  9. Joel Samuel Van Huizen (MF)
  10. Muhammad Marhan B. Mohd Jalil (MF)
  11. Nik Muhammad Aiman B. Nik Rozemi (MF)
  12. Meor Muhamad Azuan B. Hasan (MF)
  13. Mohd Fitri B. Saari (MF)
  14. Muhammad Azrai Aizad B. Abu Kamal (MF)
  15. Faizal B. Saari (MF/FW)
  16. Norshafiq Bin Sumantri (FW)
  17. Muhammad Shahril Saabah (FW)
  18. Muhammad Noor Firdaus B. Rosdi (FW)
  19. Mohamad Akhimullah B. Anuar Esook (FW)
  20. Tengku Ahmad Tajuddin B. Tengku Abdul Jalil (FW)

 

Jadual Jelajah Eropah The Malaysian Tigers

21 Julai: Berlepas dari KLIA, Flight No: KL810 (11.20 pm)

25 Julai: Perlawanan bertemu Jerman di Krefeld

30 Julai: Perlawanan bertemu Sepanyol di Terrassa

1 Ogos: Lawan Spain (4 Nations Tournament di Terrassa)

2 Ogos: Lawan Ireland (4 Nations Tournament di Terrassa)

4 Ogos: Lawan England (4 Nations Tournament di Terrassa)

6 Ogos: Perlawanan pertama bertemu Netherlands di Breda

8 Ogos: Perlawanan kedua bertemu Netherlands di Breda

9 Ogos: Perlawanan pertama bertemu Belgium di Antwerp

12 Ogos: Perlawanan kedua bertemu Belgium di Antwerp

12 Ogos: *Ketibaan di KLIA, Flight No: KL809 (2.50 pm)

*Transit sahaja sebelum bertolak ke Jepun

Recent Posts

Leave a Comment