Menjelang Pemilihan KHM: Tiada Pertandingan Bagi Jawatan Presiden

Pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) penggal 2019-2023 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-66 yang akan diadakan 16 November ini menyaksikan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden selepas senarai penuh pencalonan diumumkan hari ini.

Berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan di dalam Perlembangan KHM, semua ahli gabungan KHM perlu menghantar senarai pencalonan masing-masing sebelum tarikh tutup iaitu 2 November lalu di mana tiga pencalonan diperlukan untuk melayakkan seseorang calon bertanding bagi jawatan presiden.

Hanya dua nama dicalonkan oleh ahli gabungan dengan penyandang jawatan Presiden, Dato’ Sri Subahan Kamal menerima pencalonan tertinggi iaitu 13 pencalonan manakala Datuk Kamarudin Meranun tidak menepati kriteria selepas menerima dua pencalonan.

Situasi tersebut sekaligus menyaksikan Dato’ Sri Subahan tidak mempunyai sebarang pencabar bagi kedudukan berkenaan dan dikategorikan sebagai menang tanpa bertanding.

Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden Lelaki menyaksikan tiga pencalonan yang diterajui KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal, Dato’ Sri Megat D. Shahriman Dato’ Zaharudin serta Jadadish Chandra Bipin Chandra.

Prof Dato’ Dr Shamala Subramaniam pula yang menerima 13 pencalonan bakal menerima cabaran satu lawan satu daripada Maheswari Kanniah yang mendapat dua pencalonan bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden Wanita.

Kedudukan Naib Presiden pula menyaksikan 22 pencalonan telah diumumkan untuk merebut 7 kerusi bagi kategori lelaki dan wanita dengan pengumuman penuh dilakukan oleh Jadadish Chandra selaku pengerusi Jawatankuasa Perundangan KHM bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif / Pengurus Besar KHM, Cik Norfaraha Hashim.

“Saya berharap semua calon dapat menghormati antara satu sama lain sepanjang tempoh ini sehingga berlangsungnya AGM pada 16 November. KHM juga akan mempunyai pemerhati pada proses undian itu nanti bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar dan telus,” jelas Jadadish.

Berikut merupakan senarai penuh pencalonan bagi Pemilihan Ahli Jawatankuasa KHM Penggal 2019 – 2023.

Recent Posts

Leave a Comment