Skuad Projek Khas Lelaki Dan Wanita Mula Jalani Latihan Isnin Ini

Skuad Projek Khas Lelaki dan Wanita akan memulakan sesi latihan pusat pada Isnin (5 Oktober) dengan 26 pelatih bagi skuad lelaki sementara 30 pelatih bagi skuad wanita mempunyai misi yang sama iaitu memastikan tempat mereka dalam senarai akhir 25 pemain Skuad Projek Khas Lelaki dan Wanita.

Bagi Skuad Projek Lelaki, menerusi senarai yang dikeluarkan, empat pemain dipanggil untuk mengisi posisi penjaga gol sementara lapan pemain pertahanan, tujuh pemain di bahagian tengah dan tujuh lagi di posisi penyerang.

Skuad kendalian Wallace Tan yang mempunyai baki kurang tiga bulan untuk menghadapi Kejohanan Piala Remaja Asia di Dhaka Bangladesh pada 21 Januari hingga 30 Januari 2021 itu juga akan menampilkan enam wajah baru sementara lebihan 20 pemain adalah mereka yang telah bersama pasukan sebelum ini.

Menurut Jurulatih Wallace Tan, pemilihan pemain adalah berdasarkan penelitian keseluruhan bermula daripada latihan pusat yang telah dijalankan sebelum ini termasuk prestasi yang ditampilkan oleh pemain-pemain ketika beraksi di Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak 2020, baru-baru ini.

“Saya memilih pemain bukan hanya berdasarkan kepada prestasi yang mereka tampilkan ketika Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak baru-baru ini, tetapi saya melakukan penilaian keseluruhan termasuk ketika mereka menjalani latihan pusat sebelum menyertai kejohanan tersebut.

“Saya juga melihat kepada bakat yang dimiliki oleh pemain-pemain tersebut serta skill yang telah mereka tunjukkan selain kerja keras mereka untuk memastikan mereka layak untuk dipanggil bagi menyertai skuad pemilihan fasa terakhir,” jelas Wallace Tan.

Dalam senarai bagi Skuad Projek Wanita pula, empat pemain dipanggil bagi posisi penjaga gol, 12 pemain pertahanan, enam pemain di posisi tengah dan lapan pemain penyerang sementara daripada 30 senarai pemain yang dikeluarkan, enam daripadanya merupakan pemain senior.

Tiga pemain iaitu, Anis Nurfatihah Binti Asmidee (Selangor), Nur Hazlinda Binti Zainal Abidin (Negeri Sembilan) dan Iren Binti Hussin (Sabah) antara eajah baru dipanggil bagi sesi pemilihan pemain oleh Ketua Jurulatih Skuad Projek Khas Wanita, Nasihin Nubli Ibrahim, dalam rangka persiapannya menjelang Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (Wanita), Donghae, Korea Selatan yang dijadualkan berlangsung 31 Mac hingga 6 April 2021.

Bagi Jurulatih Nasihin Nubli, beliau memilih pemain yang telah menunjukkan persembahan yang konsisten ketika beraksi di Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak 2020 selain menitikberatkan usia yang lebih muda, bersesuaian dengan misinya untuk membentuk satu pasukan yang mantap bagi jangka masa panjang.

“Kebanyakan pemain yang dipilih adalah dalam purata umur 21 tahun yang mana mereka ini adalah pemain yang sesuai untuk dibentuk bagi jangka masa panjang. Saya juga melihat prestasi pemain-pemain ini sepanjang mereka beraksi di Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak baru-baru ini.

“Dalam membentuk pasukan ini, antara perkara yang ingin saya lakukan adalah memperbaiki cara pemikiran mereka ketika di dalam sesi latihan juga ketika mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan di peringkat yang tertinggi.

“Saya juga mahu membentuk pemain yang boleh menghadapi dan menangani tekanan dengan mudah selain saya akan memberikan fokus bagi membina karakter mereka sebagai seorang pemain kebangsaan yang berjaya,” ujar Nasihin.

Skuad Projek Khas Lelaki akan menjalani sesi latihan pusat dan pemilihan bermula 5 Oktober hingga 20 Januari 2021 sementara Skuad Projek Khas Wanita pula akan memulakan latihan pusat serta pemilihan pada 5 Oktober hingga 18 Disember 2021.

Berikut merupakan senarai pemain yang akan mengikuti kem latihan pemilihan Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan yang akan bermula pada 5 Oktober 2020 hingga 20 Januari 2021.

BIL NAMA POSISI UMUR
1. CHE SHAHRUL AZMI BIN CHE SAUPI PENJAGA GOL 19
2. MUHAMMAD HAMIZ B. MOHD AHIR PENJAGA GOL 20
3. MOHD AIDIL B. MOHD SHAH PENJAGA GOL 21
4. MUHAMMAD AMIR MUHAIMIN B AHMAD MUSTAQIEM PENJAGA GOL 19
5. MUHAMMAD NUR ASYRAF B. ISHAK PERTAHANAN 21
6. MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN B. AZAHAR PERTAHANAN 20
7. MUHAMMAD SAIFUDDIN B. ALI PERTAHANAN 20
8. MUHAMMAD KAMARULZAMAN B. KAMARUDDIN PERTAHANAN 20
9. MUHAMMAD SHAFIQ B. HASSAN PERTAHANAN 21
10. MUHAMMAD FAHMI B. KHALID PERTAHANAN 19
11. IDRIS B. SAMAD PERTAHANAN 21
12. ZULFITRI B. MD ZIN PERTAHANAN 20
13. MUHAMMAD IZHAM B. AZHAR TENGAH 21
14. MUHAMMAD NURSYAHMI  B. ZUKIFLI TENGAH 21
15. MUHAMMAD SYAWAL B. ABD RAZAK TENGAH 19
16. NASRUL SYAHKHIR B. SADIKUL TENGAH 19
17. MUHAMMAD HAFIZI B. ZAINUDDIN TENGAH 20
18. ALFARICO LANCE LIAU JR TENGAH 18
19. GRANSON NOEL GODEN TENGAH 19
20. MOHAMAD AKHIMULLAH  B. ANUAR ESOOK PENYERANG 20
21. MUHAMMAD AMIRUL HANIFF B. MAMAT PENYERANG 17
22. MUHAMMAD MUHIBUDDIN B. MOHARAM PENYERANG 20
23. MUHAJIR B. ABDU RAUF PENYERANG 20
24. MOHAMAD SHAMIR RIZMI B. MOHD SHAMSUL PENYERANG 18
25. ADAM AIMAN B. MAMAT PENYERANG 21
26. MUHAMMAD ABID SUFIAN B. MAT RUSLEE PENYERANG 20

 

Senarai pemain yang akan mengikuti kem latihan pemilihan Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan yang akan bermula pada 5 Oktober 2020 hingga 18 Disember 2020.

BIL NAMA POSISI UMUR
1. SITI ZALIA BT NASIR PENJAGA GOL 19
2. MASHITAH BINTI AB KHALID PENJAGA GOL 20
3. FITRINUR AMIERA BINTI RAMLEE PENJAGA GOL 18
4. NUR HAZLINDA BINTI ZAINAL ABIDIN PENJAGA GOL 17
5. JULIANI BT MOHAMAD DIN PERTAHANAN 35
6. NOR ASFARINA ISHAYIFIQA BT ISAHHIDUN PERTAHANAN 19
7. ELLYA AMANINA BT ALIAS PERTAHANAN 20
8. DAYANG NURAHMIRAH BT ABANG MAHADINI PERTAHANAN 19
9. PUTERI NUR BATRISHIA BT NOR NAWAWI PERTAHANAN 20
10. KHAIRUNNISA AYUNI BT MOHD SHAHRUDDIN PERTAHANAN 18
11. NURUL FAEZAH SHAFIQAG BT KHALIM PERTAHANAN 20
12. KIRANDEEP KAUR A/L GURDIP SINGH PERTAHANAN 17
13. NURUL FATIN FATIHA BT AZMAN PERTAHANAN 18
14. NURAINI BINTI ABD RASHID PERTAHANAN 31
15. RAJA NORSHARINA BINTI RAJA SHAHBUDDIN PERTAHANAN 29
16. IREN BINTI HUSSIN PERTAHANAN 20
17. NUR HAFIZAH BINTI MAZNAN TENGAH 20
18. NUR INSYIRAH BINTI EFFARIZAL TENGAH 18
19. NURMAIZATUL HANIM SYAFI BINTI SHIEK FUAD TENGAH 19
20. SITI ZULAIKHA BINTI HUSAIN TENGAH 19
21. WAN NORFAIEZAH BT MD SAIUTI TENGAH 25
22. FATIN SHAFIKA BINTI MADH SUKRI TENGAH 25
23. NUR AMIRAH SYAKIRAH BINTI ZULKIFLI PENYERANG 20
24. HANIS NADIAH BINTI ONN PENYERANG 24
25. NOR ATIRA BINTI MOHAMAD ISMAIL PENYERANG 19
26. SITI NUR ARFAH BINTI MOHD NOR PENYERANG 19
27. NUR AFIQAH SYAHZANI PENYERANG 20
28. NUR FATIN DIZANA BINTI MOHD ZAIDI PENYERANG 19
29. NUR SYAZWANI BINTI ZAKARIA PENYERANG 18
30. ANIS NURFATIHAH BINTI ASMIDEE PENYERANG 18
Recent Posts

Leave a Comment