Arul Pilih 30 Pemain

In MAIN

Selepas hampir sebulan melakukan penilaian pemain yang menyertai Kem Latihan dan Pemilihan Kebangsaan, hari ini Ketua Jurulatih Kebangsaan, Arul Selvaraj menamakan 30 pemain untuk terus bersama Skuad Senior Lelaki Kebangsaan.

Menerusi senarai 30 pemain yang dikeluarkan untuk terus menjalani sesi latihan bersama pasukan kebangsaan, empat pemain mengisi posisi penjaga gol, 10 pemain di bahagian pertahanan manakala lapan pemain mengisi posisi tengah dan lapan lagi di bahagian penyerang.

Empat pemain yang tidak pernah membuat sebarang penampilan bersama pasukan kebangsaan mendapat tempat dalam senarai 30 pemain pemain dan mereka ialah Muhamad Shafie Sahrom (penjaga gol), Zulpidaus Mizun (pertahanan), Pavandip Singh Gurdip Singh (tengah) dan Nur Rahul Hrisikesa Mohd Murni Tatchana (penyerang).

Mengulas mengenai 30 pemain yang dipilih untuk terus bersama skuad negara, Arul Selvaraj menjelaskan, pemain-pemain tersebut adalah mereka yang mencapai standard yang telah ditetapkan olehnya selain mereka ini juga adalah pemain yang mempunyai elemen-elemen penting untuk seseorang itu beraksi bersama pasukan kebangsaan.

“Pemilihan yang saya lakukan adalah berdasarkan kesungguhan yang telah mereka tunjukkan, kerja keras mereka untuk memastikan tempat di dalam pasukan kebangsaan dan walaupun ada beberapa pemain baru yang mungkin tidak pernah menonjol tetapi saya memilik mereka kerana tenaga yang dimiliki mereka, disiplin yang baik dan juga semestinya kerja keras mereka.

“Kriteria yang dimiliki oleh pemain-pemain ini juga adalah ciri-ciri yang ingin saya serapkan dalam pasukan kebangsaan kerana di Malaysia ramai pemain yang berbakat dan boleh bermain hoki tetapi mereka hilang elemen-elemen untuk beraksi di dalam pasukan kebangsan.

“Kerja keras, etika semasa menjalani latihan mahupun perlawanan, kecekalan dan semangat untuk terus berlawan adalah elemen-elemen penting yang perlu ada untuk pemain beraksi bersama pasukan kebangsaan dan saya mahu kekalkan perkara tersebut di dalam diri pemain-pemain kebangsaan.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan, kami telah bermain empat perlawanan persahabatan dan daripada perlawanan tersebut saya dapat menilai pemain yang boleh bermain di bawah tekanan ataupun tidak.

“Kemudian apabila PKPB dikuatkuasakan, kami berubah kepada sesi latihan sahaja dan saya menerapkan sesi latihan dengan tempo yang tinggi dan daripada latihan tersebut juga saya dapat melihat siapa pemain yang mempunyai tahap kepekaan yang tinggi, boleh beraksi di tahap yang tinggi dan kerja keras yang mereka tunjukkan menerusi data yang telah saya kumpul,” jelasnya yang memilih pemain rata-ratanya berusia purata 25.4 tahun.

Berikut merupakan senarai pemain terpilih untuk bersama Skuad Senior Lelaki Kebangsaan.

BIL NAMA POSISI UMUR
1. MOHAMMAD HAIRI B. ABDUL RAHMAN PENJAGA GOL 30
2. ADRIAN ANDY ALBERT PENJAGA GOL 23
3. MUHAMAD SHAFIE B. SAHROM PENJAGA GOL 24
4. MUHAMMAD HAFIZUDDIN B. OTHMAN PENJAGA GOL 28
5. MUHAMMAD RAZIE B. ABDUL RAHIM PERTAHANAN 33
6. MUHAMMAD MARHAN B. MOHD JALIL PERTAHANAN 30
7. MUHAMMAD NAJMI FARIZAL B. JAZLAN PERTAHANAN 25
8. SYED MOHAMAD SYAFIQ B. SYED CHOLAN PERTAHANAN 25
9. MUHAMMAD NAJIB B. ABU HASSAN PERTAHANAN 25
10. SYARMAN B. MAT TEE PERTAHANAN 19
11. MUHAMMAD ARIF SYAFIE B. ISHAK PERTAHANAN 20
12. MUHAMMAD AMINUDDIN B. MOHD ZAIN PERTAHANAN 25
13. MUHAMMAD AMIROL AIDEED B. MOHD ARSHAD PERTAHANAN 25
14. ZULPIDAUS B. MIZUN PERTAHANAN 24
15. FAIZ HELMI B. JALI TENGAH 28
16. MEOR MUHAMMAD AZUAN B. HASSAN TENGAH 26
17. MOHAMAD ASHRAN B. HAMSANI TENGAH 25
18. NIK MUHAMMAD AIMAN B. NIK ROZEMI TENGAH 24
19. PAVANDIP SINGH GURDIP SINGH TENGAH 20
20. MUHAMAD RAMADAN B. ROSLI TENGAH 29
21. NORSYAFIQ B. SUMANTRI TENGAH 24
22. MUHAMMAD HAFIZ B. ZAINOL TENGAH 27
23. FAIZAL B. SAARI PENYERANG 29
24. MUHAMMAD SHAHRIL B. SAABAH PENYERANG 26
25. MUHAMMAD NOR FIRDAUS B. ROSDI PENYERANG 20
26. MUHAMMAD FIRHAN B. ASHAARI PENYERANG 27
27. MUHAMMAD AZRAI AIZAD B. ABU KAMAL PENYERANG 21
28. TENGKU AHMAD TAJUDDIN B. TENGKU ABDUL JALIL PENYERANG 34
29. MUHAMMAD HAZIQ B. SAMSUL PENYERANG 26
30. NUR RAHUL HRISIKESA B. MOHD MURNI TATCHANA PENYERANG 22

 

Recent Posts

Leave a Comment