Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan Ke United Kingdom

Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan yang kini dalam fasa persiapan menjelang Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 24 November hingga 5 Disember ini di India, akan ke United Kingdom pada 26 September sehingga 16 Oktober 2021 bagi Siri Jelajah United Kingdom 2021.

Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi Pengerusi Jawatankuasanya, Dato’ Ahmad Najmi Abdul Razak telah mengesahkan perkara tersebut dan sekali lagi ianya hasil daripada jalinan kerjasama yang cukup baik antara KHM dan Great Britain Hockey.

Dato’ Ahmad Najmi menjelaskan, Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan akan berlepas ke United Kingdom pada awal pagi 26 September ini dengan 21 pemain dibawa bagi mengikuti siri jelajah ini.

“Skuad bimbingan Wallace Tan mempunyai misi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini di India dan siri jelajah ini amat penting untuk digunakan oleh mereka dengan sebaiknya.

“Setelah sekian lama tiada perlawanan kompetitif untuk mereka, jadi 21 pemain yang menyertai siri jelajah ini termasuk dua penjaga gol, tujuh pemain pertahanan, enam pemain di posisi tengah dan enam pemain di bahagian serangan perlu memanfaatkan semua perlawanan persahabatan yang telah diatur untuk mereka.

“Sebanyak lapan perlawanan telah diatur buat skuad remaja negara sepanjang keberadaan mereka di sana. Ini termasuk dua perlawanan menentang pasukan kelab dan enam perlawanan lagi bertemu Skuad B-21 England, B-23 Wales dan B-23 Scotland,” jelas Dato’ Ahmad Najmi.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang diperlukan sila hubungi Dato’ Ahmad Najmi selaku Pengerusi Jawatankuasa, Pengurus Pasukan, I. Vikneswaran atau Ketua Jurulatih, Wallace Tan.

 

Berikut merupakan senarai 21 pemain yang akan mengikuti Siri Jelajah United Kingdom 2021

BIL NAMA POSISI
1. CHE SHAHRUL AZMI CHE SAUPI PENJAGA GOL
2. MUHAMMAD HAMIZ MOHD AHIR PENJAGA GOL
3. MUHAMMAD ARIF SHAFIE ISHAK PERTAHANAN
4. SYARMAN MAT TEE PERTAHANAN
5. MUHAMMAD SAIFUDDIN AZLI PERTAHANAN
7. MUHAMMAD KAMARULZAMAN KAMARUDDIN PERTAHANAN
8. MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN AZAHAR PERTAHANAN
19. MUHAMMAD FAHMI KHALID PERTAHANAN
10. MUHAMMAD FARIS HARIZAN PERTAHANAN
11. MUHAMMAD SYAWAL ABD RAZAK TENGAH
12. MUHAMMAD HAFIZI ZAINUDDIN TENGAH
13. ALFARICO LANCE LIAU JR TENGAH
14. PAVANDIP SINGH GURDIP SINGH TENGAH
15. MUHAMMAD SYAMIM NAIM ABD HAMID TENGAH
17. KRISHNANRAJ SINGH GILL JAGRAJ SINGH TENGAH
16 MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ROSDI PENYERANG
17. MOHAMAD AKHIMULLAH ANUAR ESOOK PENYERANG
18. MUHAMMAD AMIRUL HANIFF MAMAT PENYERANG
19. MUHAMMAD MUHIBUDDIN MOHARAM PENYERANG
20. MUHAJIR ABDU RAUF PENYERANG
21. MUHAMMAD ABID SUFIAN MAT RUSLEE PENYERANG

 

Berikut merupakan jadual perlawanan Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan sepanjang Siri Jelajah United Kingdom 2021

BIL PERLAWANAN TARIKH VENUE
1. Malaysia Lwn Repton HC 3 Oktober Repton Sports Club
2. Malaysia Lwn England U21 5 Oktober Bisham Abbey
3. Malaysia Lwn England U21 6 Oktober Bisham Abbey
4. Malaysia Lwn Hampstead & Westminster 7 Oktober Paddington Recreation Club
5. Malaysia Lwn Wales U23 9 Oktober Wales Hockey Centre
6. Malaysia Lwn England U21 12 Oktober Bisham Abbey
7. Malaysia Lwn Scotland U23 14 Oktober Scotland Hockey Centre
8. Malaysia Lwn Scotland U23 15 Oktober Scotland Hockey Centre

 

Recent Posts

Leave a Comment