30 Pemain Sertai Kem Pemilihan Skuad SOJC 2022

In MAIN

Selepas tamat Temasya Sukan Malaysia XX, MSN 2022, Ketua Jurulatih Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan, Muhamad Amin Rahim bersama barisan kejurulatihan yang lain telah menyenaraikan 30 pemain untuk menyertai Kem Pemilihan skuad bagi Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun, Piala Sultan Johor (SOJC) Kali Ke-10, 2022 di Johor Baharu.

Amin Rahim yang turut dibantu oleh Pengurus Pasukan, I. Vikneswaran, Ketua Penolong Jurulatih, Megat Azrafiq Megat Termizi, dua Penolong Jurulatih, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan Baljit Singh Charun Singh serta Ketua Jurulatih Penjaga Gol, Roslan Jamaluddin telah memulakan sesi latihan pertama hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Penolong Ketua Jurulatih Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan, Megat Azrafiq Megat Termizi menjelaskan, sesi latihan hari pertama telah berjalan dengan baik di mana ke semua 30 pemain telah melaporkan diri.

“Pagi ini merupakan sesi latihan pertama pemain jadi kami tidak mahu memulakan sesi dengan menekan para pemain sebaliknya sesi latihan minggu ini kami memberikan mereka ruang untuk mendapatkan rentak. Sesi latihan pada minggu seterusnya, kami akan menumpukan sepenuhnya kepada taktikal.

“Barisan kejurulatihan telah menetapkan satu penanda aras yang tinggi untuk pasukan ini antaranya kami ingin melihat kesungguhan pemain terutamanya di dalam padang, disiplin mereka di dalam mahupun di luar padang dan semangat untuk bersaing serta mentaliti untuk menang di dalam padang serta fizikal pemain itu sendiri.

“Pada 18 Oktober kami telah mengaturkan sesi persahabatan bersama pasukan Australia dan 19 Oktober bersama Great Britain sebagai salah satu persiapan pasukan sebelum Kejohanan Piala Sultan Johor 2022 bermula.

“Kejohanan Piala Sultan Johor adalah kejohanan bawah 21 tahun dan kami memanggil tiga pemain berusia 21 tahun yang telah beraksi di Piala Dunia Remaja 2021. Kami barisan kejurulatihan berharap kehadiran tiga pemain ini dapat membantu pasukan dari segi membimbing pemain lain di dalam padang terutamanya yang tidak mempunyai pengalaman bermain di pentas antarabangsa.

“Bagi Kejohanan Piala Dunia Remaja 2023 pula, barisan kejurulatihan akan mengadakan satu pemilihan baru selepas tamat Piala Sultan Johor.

“Kami mempunyai 40 hingga 50 pemain dan kami akan memanggil mereka ini untuk satu sesi pemilihan selama dua minggu dan 28 hingga 30 pemain terbaik akan diserapkan ke dalam Skuad Piala Dunia Remaja 2023,” jelas beliau yang ditemui selepas tamat sesi latihan pagi ini.

Berikut merupakan senarai 30 yang dipanggil menjalani sesi latihan pemilihan Kejohanan Piala Sultan Johor 2022:

NO NAMA POSISI NEGERI
1 CHE SHAHRUL BIN CHE SAUPI PENJAGA GOL NEGERI SEMBILAN
2 MOHAMAD RAFAIZUL BIN MOHAMAD SAINI PENJAGA GOL PERAK
3 NORIQMAL DANISH BIN NORHASHIMI PENJAGA GOL MELAKA
4 MUHAMMAD DANISH AFNAN BIN MOHD FAIZAL PENJAGA GOL KUALA LUMPUR
5 SYARMAN BIN MAT TEE PERTAHANAN TERENGGANU
6 AZMILMUIZZUDIN BIN MISRON PERTAHANAN PERAK
7 WAN MUHAMMAD NAJMIE BIN AHMAD DZAIB PERTAHANAN PAHANG
8 MUHAMMAD FARIS BIN HARIZAN PERTAHANAN PULAU PINANG
9 PERABU TANGARAJA PERTAHANAN KUALA LUMPUR
10 MOHD FAUZAN SHAH BIN MOHD NIZAM PERTAHANAN JOHOR
11 ZARREMAN SHAMIER BIN SULAIMAN PERTAHANAN SELANGOR
12 MUHAMMAD SYAWAL BIN ABD RAZAK TENGAH PAHANG
13 MUHAMMAD DANISH DANIAL BIN ABDUL WAHAB TENGAH PULAU PINANG
14 MUHAMMAD ADDY JAZMI BIN JAMLUS TENGAH TERENGGANU
15 MOHAMAD ZULHANIF BIN SAHRAN TENGAH PERAK
16 ANDYWALFIAN JEFFRYNUS TENGAH SABAH
17 MUHAMMAD NAZRIM BIN MUSLIM TENGAH JOHOR
18 MUHAMMAD KHAIRUL BIN NORIZAM TENGAH JOHOR
19 ALFARICO LANCE LIAU JR TENGAH JOHOR
20 IRFAN RAZIQ SYAKIR BIN MOHD RIDZUAN TENGAH KUALA LUMPUR
21 MUHAMMAD AMIRUL HANIFF BIN MAMAT PENYERANG PERAK
22 MUHAMMAD DANISH AIMAN BIN KHAIRIL ANUAR PENYERANG PERAK
23 SHAFIQ IKMAL DANIEL BIN SUZAINI PENYERANG PAHANG
24 MOHAMAD SHAMIR RIZMI BIN MOHD SHAMSUL PENYERANG PAHANG
25 SHAHMIE IRFAN BIN SUHAIMI PENYERANG NEGERI SEMBILAN
26 HAZIQ HAIKAL BIN DAUS PENYERANG JOHOR
27 MUHAMMAD HAZREEQ ALIEF BIN ROSLI PENYERANG JOHOR
28 MUGHNI BIN MOHAMAD KAMAL PENYERANG PERLIS
29 MOHAMMAD SHAFIQ BIN ABDULLAH PENYERANG KUALA LUMPUR
30 NAAVEENNASH PANICKER A/L THEVENDRAN PENYERANG KUALA LUMPUR

 

Recent Posts

Leave a Comment