Pasukan Wanita Tundukkan Tuan Rumah Kemboja 8-1 Pada Aksi Pembukaan

In MAIN

Pasukan Hoki Wanita Kebangsaan berjaya memastikan tiga mata menjadi milik mereka pada aksi sulung pusingan round robin, acara Hoki Padang, Temasya Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja di Stadium Nasional Morodok Techo selepas cemerlang menewaskan, tuan rumah Kemboja, 8-1.

Dengan keputusan yang dicatatkan hari ini, Pasukan Wanita Negara mengungguli kedudukan teratas carta hasil kelebihan gol dan jaringan yang terhasil hari ini adalah menerusi enam gol gerakan padang sementara dua gol lagi menerusi kelebihan pukulan sudut penalti.

Nuraini Abdul Rashid dan Siti Nur Arfah Mohd Nor menjadi pemain yang menjaringkan dua gol pada aksi pertama di mana Siti Nur Arfah menyumbang dua gol padang  minit ke-11 dan ke-20, sementara Nuraini menjaringkan dua gol pukulan sudut penalti pada minit ke-13 dan ke-29.

Turut mencatat nama selaku penjaring hari ini ialah Nur Afiqah Syahzani Azhar yang membuka tirai jaringan pada minit kesembilan diikuti Nuramirah Shakirah Zulkifli (m’ 28), Fatin Shafikah Mahd Sukri (m’36) dan Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad (m’49).

Ketua Jurulatih Skuad Wanita Kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menjelaskan pemain-pemainnya telah dipersiapakan sepenuhnya dari segi mental dan fizikal untuk beraksi dalam keadaan cuaca panas serta bertemu dengan lawan yang membariskan ramai pemain naturalisasi dari India serta Pakistan.

“Perlawanan hari ini pemain terlalu teruja untuk mencari gol dan sedikit kelekaan yang berlaku di bahagian pertahanan semasa pasukan lawan membuat serangan kilas menyebabkan kami melepaskan satu gol.

“Kejohanan baru bermula dan kami masih menyimpan beberapa variasi pukulan sudut penalti dan perlawanan hari ini kami lebih mengambil pendekatan untuk melakukan flik terus ke pintu gol yang menyaksikan penjaga gol serta pertahanan lawan dapat menyelamatkan beberapa percubaan pukulan sudut penalti kami.

“Untuk pertemuan dengan Singapura pada Jumaat, saya mahu pemain menaikkan lagi intensity permainan serta lebih berdisiplin terutamanya ketika ‘ball possession’ kerana kami mahu mencari kemenangan selesa,” jelas beliau.

Esok merupakan hari rehat buat Pasukan Wanita Kebangsaan sebelum turun untuk aksi kedua bertemu Singapura pada Jumaat (12 Mei) jam 10:30 pagi, waktu Malaysia.

Recent Posts

Leave a Comment