Trofi Juara-Juara Asia: Skuad Negara Tewas Pada Aksi Pembukaan

Kempen Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (Wanita) 2018 yang berlangsung di Donghae, Korea Selatan menyaksikan skuad wanita negara terpaksa menerima keputusan tewas 3-1 kepada tuan rumah Korea Selatan pada perlawanan pembukaan yang berlangsung di Stadium Sunrise, Korea Selatan, hari ini. Pengendali skuad wanita, Muhammad Dharmaraj Abdullah menerima keputusan tersebut namun memberikan pujian kepada anak-anak buahnya yang […]

Piala TNB 2018: SSTMI Thunderbolt Pertahan Kejuaraan

SSTMI Thunderbolt berjaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 untuk tahun kedua berturut-turut selepas menewaskan AHP-SSP-Thunderbolt 4-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Padang dua. Jika tahun lalu, SSTMI Thunderbolt diheret ke penentuan shoot-out sebelum menjulang piala menerusi kemenangan 4-3 pada lawan yang sama […]

Tahniah Prof. Dato Dr Shamala!

Presiden KHM, Dato Sri’ Subahan Kamal, Ahli Lembaga Eksekutif dan seluruh warga kerja KHM ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Timbalan Presiden KHM, Prof. Dato Dr Shamala Subramaniam yang telah dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2018-2021. KHM yakin Prof. Dato Dr Shamala mampu untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi […]

Piala TNB 2018: AHP-SSP-Thunderbolt, SSTMI Thunderbolt Sekali Lagi Ke Pentas Final

AHP-SSP-Thunderbolt dan SSTMI Thunderbolt mengesahkan tempat mereka di pentas final yang akan berlangsung pada Ahad ini selepas AHP-SSP-Thunderbolt menewaskan Anderson Thunderbolt 4-1 dan SSTMI Thunderbolt mengetepikan cabaran SMKDBL-UniKL-PHJ 3-1 pada perlawanan separuh akhir Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Padang 1. Bagaikan mengulangi skrip […]

Piala TNB 2018: Separuh Akhir, Anderson Jumpa AHP-MSP, SSTMI Jumpa SMKDBL

Anderson Thunderbolt, AHP-MSP-Thunderbolt, SSTMI Thunderbolt dan SMKDBL-UniKL-PHJ berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 selepas cemerlang menewaskan lawan mereka pada perlawanan suku akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. Anderson Thunderbolt melangkah ke separuh akhir selepas mengetipakan cabaran MBMB Warriors dengan menewaskan naib juara divisyen […]

Trofi Juara-Juara Asia: Syafi, Asfarina Pikat Hati Dharmaraj

Aksi cemerlang yang berjaya ditampilkan oleh pemain-pemain bawah-18 tahun ketika di Kelayakan Sukan Olimpik Remaja, Zon Asia 2018, Bangkok Thailand baru-baru ini memikat hati pengendali skuad wanita negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah untuk menyenaraikan dua pemain berusia bawah 18 tahun tersebut bagi beraksi di Trofi Juara-Juara Asia 2018 yang berlangsung di Stadium Sunrise, Bandar Donghae, Korea […]

Kelayakan Olimpik Remaja: Skuad Lelaki Muncul Naib Juara Dan Wanita Tempat Ketiga

Malaysia menamatkan kempen Kelayakan Sukan Olimpik Remaja Bawah 18 tahun (Asia) 2018 yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok Thailand dengan cemerlang apabila skuad lelaki muncul selaku naib juara sementara skuad wanita berada di tempat ketiga. Walaupun skuad lelaki menamatkan saingan di kedudukan kedua namun pujian harus diberikan kepada mereka yang cemerlang bangkit daripada ketinggalan […]

Kelayakan Olimpik Remaja: Skuad Lelaki Cipta Sejarah Ke Sukan Olimpik Remaja

Bangkok (28 April 2018) : Skuad lelaki bawah 18 tahun negara mencipta sejarah apabila layak untuk beraksi di Sukan Olimpik Remaja 2018 buat kali pertama selepas mengesahkan tempat di perlawanan akhir selepas memenangi penentuan shoot-out 5-4 ketika perlawanan sebenar Kelayakan Sukan Olimpik Remaja Bawah 18 tahun (Asia) 2018 yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit berkesudahan […]

Kelayakan Olimpik Remaja: Skuad Wanita Akur Tewas Kepada India

Bangkok (28 April 2018) : Impian skuad wanita bawah 18 negara untuk melangkah ke perlawanan akhir Kelayakan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 Sebelah) sekaligus menempah tiket secara automatic ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Bueno Aires, Argentina tidak berkesampaian apabila aksi yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok menyaksikan skuad bimbingan Yahya Atan akur […]

Kelayakan Olimpik Remaja: Skuad Lelaki Buru Tiket Ke Argentina

Semangat skuad lelaki bawah 18 tahun negara yang telah melayakkan diri ke separuh akhir Kelayakan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 Sebelah) yang berlangsung di Stadium Queen Sirikit, Bangkok Thailand kini kian membara untuk memburu dua slot yang dipertaruhkan bagi ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Bueno Aires, Argentina Selepas lima perlawanan Malaysia mengumpul 15 […]