Piala Sultan Johor 2017: Great Britain Sekat Malaysia Raih Mata Sulung

Impian skuad hoki remaja kebangsaan untuk meraih kemenangan sulung dalam aksi pembukaan saingan Piala Sultan Johor 2017 tidak kesampaian selepas mereka tewas tipis 0-1 kepada Great Britain di Stadium Hoki Taman Daya, semalam. Pasukan muda negara memberikan saingan sengit dan memperoleh beberapa peluang. Pada minit ke-7, Nursyafiq Sumantri hampir-hampir mendapatkan gol pertama negara tetapi pukulannya […]