Speedy Tigers Tekad Rebut Tiket Piala Dunia di Mesir

Pasukan Hoki Lelaki Kebangsaan meletakkan misi jelas menjelang aksi kelayakan Piala Dunia di Ismailia, Mesir dari 1 hingga 8 Mac ini, iaitu mara ke final bagi mengesahkan tiket automatik ke pentas dunia. Ketua jurulatih Speedy Tigers, Sarjit Singh menegaskan sasaran itu bukan angan-angan kosong, sebaliknya bersandarkan kepada kualiti pemain serta komitmen tinggi yang ditunjukkan […]