Tiga Perlawanan, Tiga Kemenangan Buat Malaysia

Skuad hoki lelaki kebangsaan meneruskan rentak cemerlang di Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Bangladesh 6-1 hari ini. Selepas membuka kempen dengan kemenangan ke atas China sebelum menundukkan Korea dalam perlawanan kedua, Speedy Tigers sekali lagi tampil meyakinkan untuk meneruskan momentum positif di Punjab, India. Bangladesh menjadi […]