34 Pemain Rebut Tempat Ke Tiga Kejohanan Utama Hoki Antarabangsa

Kempen TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2026 bagi Kategori Premier kini berehat sebentar bagi memberi laluan kepada The Speedy Tigers mempersiapkan pasukan menjelang tiga kejohanan utama (Piala Negara-Negara, Piala Dunia dan Sukan Asia). Saingan liga hanya akan kembali bersambung pada Oktober 2026 selepas tamat Sukan Asia.

 

Bagi menggalas misi penting dalam tiga kejohanan utama tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Dato’ Najmi Razak, hari ini mengumumkan barisan 34 pemain yang dipanggil menjalani latihan bersama The Speedy Tigers.

 

“Tiga wajah baru daripada Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan (Safwan Salihe, Rahuul Fazrien dan Nabil Irfan) diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka bersama skuad senior.

 

“Ini antara pembaikan pasukan yang kami ketengahkan iaitu memberikan pendedahan terbaik kepada pemain remaja dan kami mahukan dengan segala pengalaman yang mereka dapat, mereka mampu untuk memimpin pemain remaja yang lain.

 

“Bukan itu sahaja, kami mahu pastikan, pemain-pemain remaja apabila diperlukan untuk menggalas tugas kebangsaan, mereka bersedia menyahut cabaran tersebut selain jurang antara pemain-pemain ini dengan pemain senior lain tidak terlalu jauh,” ujar beliau yang turut mengesahkan beberapa pemain kebangsaan sebelum ini turut dipanggil semula.

 

Tambah Dato’ Najmi lagi, satu pengorbanan besar dituntut daripada barisan pemain yang akan ke Afrika Selatan bagi menghadapi Kejohanan Piala Negara-Negara pada 11 hingga 20 Jun ini apabila The Speedy Tigers terpaksa meninggalkan keluarga dan berkampung selama 41 hari bagi mempersiapkan pasukan menjelang Kejohanan Piala Dunia dan Sukan Asia.

 

“Selepas Piala negara-Negara, pasukan akan menjalani lima siri perlawanan persahabatan menentang Afrika Selatan dan sesi pemantapan pasukan untuk mengeratkan lagi persefahaman antara pemain. Mereka dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada 14 Julai sebelum terbang ke Belgium bagi Kejohanan Piala Dunia,” jelas Dato’ Najmi.

 

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Pasukan Senior Lelaki Kebangsaan, Brendon Carolan, memaklumkan pemilihan pemain adalah berdasarkan prestasi juga tahap kecergasan semasa pemain.

 

Beliau turut menambah, barisan kejurulatih memantau rapat saingan TNB MHL bagi meneliti pemain berpotensi dan penilaian juga dibuat semasa sesi latihan kebangaan yang berjalan sebelum barisan kejurulatihan membuat keputusan akhir senarai 34 pemain.

 

“Berdasarkan apa yang dipamerkan oleh 34 pemain ini, barisan kejurulatihan melihat mereka ini layak untuk berada di sini dan pemain yang dipilih bukan sekadar bersandarkan reputasi lepas. Namun pintu pasukan kebangsaan sentiasa terbuka untuk pemain yang layak mendapat peluang.

 

“Pasukan kebangsaan akan berdepan dengan jadual yang padat, dan kami melihat ini sebagai satu perjalanan yang panjang. Pasukan Sain Sukan dan Perubatan telah melakukan tugas dengan cukup baik dalam merangka pelan untuk memastikan tiada pemain dikerah lebih daripada kemampuan mereka dan menyusun masa yang sesuai untuk melakukan proses pemulihan.

 

“Kami mahukan pemain yang sentiasa cergas dan bersedia dalam situasi paling memerlukan, untuk itu setiap proses yang dirangka bersesuain dengan pemain kerana sasaran pasukan adalah bagi kejohanan pertama (Piala Negara-Negara) kami mahu layak ke separuh akhir,” ujar beliau yang turut mengingatkan setiap pemain bahawa tiada tempat yang kekal dalam pasukan kebangsaan dan pemain yang tidak mencapai tahap sepatutnya, tempat mereka sentiasa boleh diganti.

 

Berikut merupakan senarai 34 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan kebangsaan

NO NAMA POSISI KELAB UMUR
1 MUHAMMAD HAFIZUDDIN OTHMAN PENJAGA GOL THT 34
2 MUHAMAD ZAIMI MAT DERIS MAYBANK 29
3 CHE SHAHRUL AZMI CHE SAUPI MAYBANK 25
4 MOHAMMAD RAFAIZUL MOHAMAD SAINI TNB 23
5 MUHAMMAD MARHAN JALIL PERTAHANAN TNB 36
6 SYED MOHAMMAD SYAFIQ SYED CHOLAN TNB 31
7 MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN AZAHAR TNB 26
8 FAIZ HELMI JALI TNB 34
9 ANDYWALFIAN JEFFRYNUS TNB 21
10 AZIMUDDIN SYAKIR KAMARUDDIN TNB 21
11 MUHAMAD FARIS HARIZAN THT 24
12 SYARMAN MAT TEE TNB 25
13 MUHAMAD AMINUDIN MOHD ZAIN TNB 31
14 MUHAMMAD SHAFIQ HASSAN MAYBANK 27
15 MUHAMMAD NUR ASYRAF ISHAK MAYBANK 27
16 MUHAMMAD NABIL IRFAN MOHD YUSOF TNB

THUNDERBOLTS

20
17 MOHD FITRI SAARI TENGAH THT 33
18 NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMI TNB 30
19 SHELLO SILVERIUS TNB 27
20 MUHAMMAD ADAM ASHRAF MOHD JOHARI TNB 20
21 MUHAMMAD ADDY JAZMI JAMLUS THT 22
22 MUGHNI MOHAMAD KAMAL THT 24
23 AL FARICO LAINCE LAIU JR THT 24
24 MUHAJIR ABDU RAUF MAYBANK 26
25 MUHAMMAD SAFWAN SALIHE TNB

THUNDERBOLTS

19
26 RAHUUL FAZRIEN MUHAMMAD NAZRIEN TNB

THUNDERBOLTS

19
27 MUHAMMAD SYAWAL ABD RAZAK TNB

THUNDERBOLTS

25
28 MOHAMAD ASHRAN HAMSANI  

PENYERANG

MAYBANK 31
29 MUHAMMAD AZRAI AIZAD ABU KAMAL TNB 27
30 NORSYAFIQ SUMANTRI TNB 30
31 MOHAMAD AKHIMULLAH ANUAR ESOOK TNB 26
32 MUHAMMAD DANISH AIMAN KHAIRUL ANUAR TNB 22
33 FAIZAL SAARI THT 35
34 CHE NUR AQILRULLAH CHE MOHD KHAIRULZI ANWAR THT 23