Piala Asia 2022: Malaysia Ke Final

Malaysia ke pentas final Piala Asia 2022 selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Jepun dalam aksi terakhir pusingan “Super 4” Piala Asia 2022, Jakarta, Indonesia yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. Pakar pukulan sudut penali negara, Muhammad Razie Abd Rahim yang menjaringkan gol ketiga negara dipilih selaku pemain terbaik perlawanan di […]

Piala Asia 2022: Malaysia 3-3 India

Aksi kedua Skuad Senior Lelaki Kebangsaan dalam pusingan “Super 4” Piala Asia 2022, Jakarta, Indonesia yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Gelora Bung Karno menyaksikan Malaysia dan India berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat seri 3-3. Muhammad Razie Abd Rahim muncul penjaring hatrik dan penyelamat Malaysian Tigers selepas memastikan kelebihan pukulan sudut penalti […]

Piala Asia 2022 : Malaysia – Korea Selatan Terikat 2-2

Aksi pertama Pusingan “Super 4” yang menemukan Malaysia dengan Korea Selatan hari ini di Stadium Hoki Gelora Bung Karno menyaksikan Skuad Negara berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk memastikan perlawanan pertama ditutup dengan satu mata selepas mengikat Korea Selatan 2-2. Malaysia yang masih kekal dengan rekod tanpa kalah selepas empat perlawanan keseluruhan akan turun bertemu India […]

Sembilan Pemain Galas Tugas Ke Kejohanan FIH Hoki 5’s Lausanne 2022

Sembilan pemain bakal membuat penampilan dalam kejohanan yang  julung kalinya diperkenalkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) iaitu Kejohanan FIH Hoki 5’s Lausanne 2022 yang akan bermula pada 4 dan 5 Jun depan. Pencapaian Malaysia merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik Remaja 2018 di Argentina dan pembangunan Hoki 5’s di Malaysia antara faktor yang dilihat sebagai […]

Malaysia Ke Piala Dunia 2023

Kemaraan Malaysia, India, Jepun dan Korea Selatan ke pusingan “Super 4” Hero Piala Asia 2022, Jakarta Indonesia sekaligus menyaksikan empat kuota yang diperuntukkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) bagi benua Asia di Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia 2023, India, telah lengkap. Terdahulu India telah melangkah ke Piala Dunia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga […]

Piala Asia 2022 : Malaysian Tigers Tutup Aksi Peringkat Kumpulan Dengan Rekod Tanpa Kalah

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan berjaya memastikan rekod bersih tanpa kalah kekal menutup aksi peringkat Kumpulan B, Piala Asia 2022, Jakarta, Indonesia sekaligus muncul selaku pasukan teratas Kumpulan B, selepas menundukkan lawan mereka, Bangladesh 8-1 hari ini. Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Gelora Bung Karno itu turut menyaksikan Faizal Saari dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan […]

Piala Asia 2022: Malaysia Kekal Di Puncak Kumpulan B, Tewaskan Korea Selatan 5-4

Aksi kedua Kumpulan B, Piala Asia 2022 Jakarta Indonesia yang berlangsung di Stadium Hoki Gelora Bung Karno menyaksikan Malaysia menewaskan Korea Selatan 5-4 untuk terus kekal berada di kedudukan teratas Kumpulan B sekaligus melangkah ke pusingan seterusnya (Super 4). Pada pertemuan dengan Korea Selatan hari ini, pintu gol negara terlebih dahulu diuji dengan dua pukulan […]

Piala Asia 2022 : Arulselvaraj Lihat Jaringan Daripada Pemain Dan Cara Berbeza Satu Petanda Positif

Pengendali Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, A. Arulselvaraj menyifatkan kemenangan 7-0 menewaskan Oman pada aksi pembukaaan Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Hoki Gelora Bung Karno hari ini, dan jaringan dilakukan oleh lima pemain berbeza merupakan satu petanda yang baik. Jelas beliau selain daripada gol dijaringkan oleh pemain berbeza, cara gol terhasil iaitu menerusi pukulan sudut […]

Piala Asia 2022 : Malaysia Buka Kempen Dengan Kemenangan 7-0 Atasi Oman

Kempen Hero Piala Asia 2022 Jakarta Indonesia dibuka dengan cemerlang oleh Skuad Senior Lelaki Kebangsaan apabila menewaskan Oman 7-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Hoki Gelora Bung Karno. Malaysia membuka tirai jaringan pada minit keenam selepas kelebihan pukulan sudut penalti yang diterima tidak dipersiakan oleh fliker negara, Muhammad Razie Abd Rahim yang melakukan […]

20 Pemain Bawa Cabaran Malaysia di Piala Asia 2022 Jakarta Indonesia

Kejohanan Piala Asia 2022 Jakarta Indonesia, akan membuka tirai secara rasmi pada 23 Mei hingga 1 Jun 2022 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, dengan perlawanan ini juga menawarkan tiket secara automatik untuk ke Hoki Piala Dunia 2023 yang dijadualkan berlangsung di India pada Januari 2023. Empat slot automatik ke Piala Dunia 2023 bagi benua […]