Skuad Hoki Wanita Kebangsaan yang berlepas ke Eropah hari ini, mahu memanfaatkan sepenuhnya Siri Jelajah Eropah (16 – 30 Julai 2026) sebagai pentas persediaan terbaik sebelum turun mencabar kelompok empat teratas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang akan bermula dari 19 September hingga 4 Oktober nanti.
Keseluruhan tujuh perlawanan telah disusun buat Malaysian Tigress dengan empat perlawanan bertemu pasukan yang beraksi di Piala Dunia 2026, Scotland (2 perlawanan) dan Ireland (2 perlawanan) sementara tiga lagi menentang Wales.
Ketua Jurulatih Malaysian Tigress, C.R. Kumar menganggap tujuh perlawanan berintesiti tinggi itu merupakan satu keperluan penting buat pendedahan para pemainnya sebelum turun ke medan sebenar di Sukan Asia nanti.
“Tujuan utama ke sana untuk menghadapi perlawanan yang mencabar. Tiada gunanya bermain dengan pasukan yang mudah kerana ia tidak menepati piawaian antarabangsa.
“Pasukan seperti Scotland dan Ireland akan beraksi di Piala Dunia, jadi ini adalah peluang keemasan bagi pemain kita untuk menguji kemampuan menentang antara pasukan terbaik di dunia.
“Secara keseluruhannya, kami akan bermain kira-kira 7 perlawanan dalam tempoh 12 hari. Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik kerana kesemuanya adalah perlawanan berintensiti tinggi,” katanya.
Coach Kumar juga mengucapkan terima kasih kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) terutama Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal kerana memberi ‘lampu hijau’ untuk mereka menguji kemampuan lawan Eropah.
Berdasarkan statistik, Ireland, bekas naib juara Piala Dunia 2017 dan kini di ranking ke-12 dunia, manakala Scotland di tangga ke-14 sementara Wales di tempat ke-24.
“Kita berada di kedudukan ke-21 dunia. Idea saya adalah jika tak dapat tewaskan mereka, sekurang-kurangnya kita mampu mengawal mereka. Kita mahu lakukan yang terbaik dalam lingkungan kemampuan kita.
“Kita tidak seharusnya menjadi pasukan yang sama seperti tewas 0-5 kepada Ireland di Kelayakan Piala Dunia awal tahun ini. Kita harus kompetitif, mereka perlu rasa bahawa Malaysia kini adalah pasukan yang berbeza,” tambah Coach Kumar.
Ini merupakan barisan 20 pemain yang akan mengikuti Siri Jelajah Eropah bermula 16 hingga 30 Julai 2026.
| NO | NAMA | POSISI |
| 1 | NUR HAZLINDA ZAINAL ABIDIN | PENJAGA GOL |
| 2 | FITIRINUR AMIERA RAMLEE | |
| 3 | NOOR HASLIZA MD ALI | PERTAHANAN |
| 4 | KHAIRUNNISA AYUNI MOHD SHARUDDIN | |
| 5 | ZAWIATUL AKMA HARTOMO | |
| 6 | ANITH HUMAIRA BAHARUDIN | |
| 7 | NUR INSYIRAH EFFARIZAL | |
| 8 | FATIN SHAFIKA MAHD SUKRI | |
| 9 | SITI NUR ATIKA SHAIKH MAZNAN | TENGAH |
| 10 | NURMAIZATUL HANIM SYAFI SHIEK FUAD | |
| 11 | NUR SHAMINE AZUREEN MOHAMMED BADUSHA | |
| 12 | SITI NUR IRDINA MOHD NOR | |
| 13 | NUR HANIE NAJWA TARMIZI | |
| 14 | NUR AFIQAH SYAHZANI AZHAR | PENYERANG |
| 15 | IMAN ADAWIYAH MOHD SUHAIMI | |
| 16 | SITI ZULAIKHA HUSAIN | |
| 17 | ZATI ALYANI MUHAMMAD ZUBIR | |
| 18 | AZMYRA MIA SOFEA AZHARI | |
| 19 | NURAMIRAH SHAKIRA ZULKIFLI | |
| 20 | NUR ZARIEFAH DANIA MAZLAN |
Berikut merupakan jadual perlawanan Siri Jelajah Eropah yang telah diatur:
| NO | TARIKH | HARI | MASA
(WAKTU MALAYSIA) |
PERLAWANAN |
| Peffermill Playing Fields, The University of Edinbur | ||||
| 1 | 18 Julai | Sabtu | 11:00 malam | Malaysia vs Scotland |
| 2 | 19 Julai | Ahad | 9:00 malam | Malaysia vs Scotland |
| Sport Ireland Campus, Dublin | ||||
| 3 | 21 Julai | Selasa | 9:15 malam | Malaysia vs Ireland |
| 4 | 22 Julai | Rabu | 12:00 tengah malam
Khamis – 23 Julai |
Malaysia vs Ireland |
| Sport Wales National Centre, Cardiff | ||||
| 5 | 25 Julai | Sabtu | 6:00 petang | Malaysia vs Wales |
| 6 | 26 Julai | Ahad | 6:00 petang | Malaysia vs Wales |
| 7 | 28 Julai | Selasa | 2:30 pagi
Rabu – 29 Julai |
Malaysia vs Wales |









