20 Pemain Terbaik Negara Sedia Galas Cabaran Piala Negara-Negara 2024-25

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, merangkap Pengurus Pasukan Skuad Lelaki Negara, Dato’ Ahmad Najmi Abdul Razak mengumumkan senarai 20 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia di Kejohanan FIH Hoki Piala Negara-Negara 2024-45 yang dijadualkan bermula pada 15 hingga 21 Jun ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. […]
Pahang Juara Hoki 5s Kebangsaan Lelaki 2025 Edisi ke-4

Pahang merangkul gelaran juara Kejohanan Hoki 5s Kebangsaan Lelaki 2025, Edisi Ke-4 selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penentuan shoot-out, 4-3 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Aksi hebat ditampilkan oleh kedua-dua pasukan dalam masa permainan sebenar yang menyaksikan mereka terikat seri 2-2 dan sekaligus memaksa perlawanan diheret ke […]
Pengalaman Bantu PDRM Ungguli Hoki 5s Kebangsaan Wanita 2025 Edisi ke-4

Membariskan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman luas dalam sukan hoki, nyata membantu PDRM dalam memastikan gelaran Juara Kejohanan Hoki 5s Kebangsaan Wanita 2025 Edisi ke-4 menjadi milik mereka buat tahun kedua berturut-turut selepas menewaskan Pahang 5-2 pada perlawanan akhir di Padang 1, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Pada aksi itu Pahang terlebih dahulu didepan pada […]
KHM Sambut Baik Kerjasama Dengan Astro, Penyiar Rasmi Piala Negara-Negara 2025

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menyambut baik kerjasama dengan Astro yang tampil selaku penyiar rasmi bagi Kejohanan Piala Negara-Negara 2024-25 yang akan berlangsung pada 15 hingga 21 Jun ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berharap kerjasama antara pihak KHM dan Astro akan berterusan dan terus terjalin […]
Jelajah Korea Medan Terakhir Speedy Tigers Bentuk Skuad Piala Negara-Negara 2025

Skuad Hoki Lelaki Kebangsaan menjadikan Jelajah Korea Selatan sebagai medan terakhir untuk membentuk pasukan terbaik menjelang kempen Piala Negara-Negara 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 21 Jun depan. Timbalan Presiden KHM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato’ Ahmad Najmi Abdul Razak turut memaklumakn dalam siding media yang berlangsung […]
Saiful Mahu Pastikan Pasukan Terbaik Ke Piala Dunia Remaja 2025

Ketua Jurulatih Pasukan Hoki Remaja Lelaki Kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasruddin menggariskan beberapa elemen yang menjadi keutamaannya dalam mempersiapkan skuad bimbingannya dalam tempoh enam bulan. Ia merupakan perancangan jangka pendek bagi membentuk pasukan menjelang Piala Dunia 2025 yang dijadualkan pada 28 November hingga 10 Disember di Chennai, India. Jelasnya, barisan pemain sedia ada […]
Nor Saiful Zaini Terajui Skuad Hoki Remaja Lelaki Kebangsaan 2025 Hingga 2027

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) secara rasmi telah mengumumkan, bekas pemain negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin dilantik sebagai Ketua Jurulatih Skuad Hoki Remaja Lelaki Negara bagi dua edisi Piala Dunia Remaja 2025 dan 2027. Perkara itu diumumkan oleh Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal yang turut berkongsi, Nor Saiful Zaini bakal menggalas tugas membimbing skuad […]
Malaysian Tigress Mahu Bina Skuad Terbaik Di Tembok Besar China

Skuad Hoki Wanita Kebangsaan mahu memastikan siri jelajah di China digunakan sebaiknya sebagai medan membentuk kombinasi mantap menjelang persiapan Piala Negara-Negara 2 yang dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 22 Jun depan di Walcz, Poland. Malaysia Tigress berlepas ke China pada 5 Mei (Isnin), bagi mengharungi tujuh perlawanan persahabatan yang telah diatur berdepan Liaoning Province, […]
TNB MIHL 2025 edisi Ke-4 Lahirkan Juara Baharu

Kejohanan TNB Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL) 2025, Edisi Ke-4 yang menutup tirai semalam menyaksikan kejuaraan menjadi milik pasukan baharu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan PDRM Blue Warriors. Kategori lelaki menyaksikan perlawanan sengit dan penuh drama ditampilkan antara TNB dan Maybank dalam perlawanan akhir di Dewan Sri Putra sehingga pemenang terpaksa ditentukan menerusi […]
TNB, THT Sama Kuat, BNHC KL Akur Kehebatan PDRM Blue Warriors

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Terengganu Hockey Team (THT) berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi TNB Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL) 2025, Edisi Ke-4 di Dewan Sri Putra. Pada aksi itu, kedua-dua pasukan berjaya mengimbangi kekuatan masing-masing apabila tiada gol terhasil pada suku pertama. Bagaimanapun, bermula suku kedua, Muhammad Arif […]