Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) optimis Skuad Hoki Bawah 18 Tahun(B-18) Kebangsaan mampu mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia B-18 di China yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 13 Julai ini.
Skuad yang dibentuk hasil kerjasama erat antara KHM bersama Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah berjaya mengumpulkan pemain-pemain terbaik daripada sekolah-sekolah di seluruh negara.
Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal berkata, pasukan ini disasarkan untuk memberikan saingan terbaik dan mara sejauh yang boleh selain objektif skuad ini dibentuk adalah bagi menilai pemain-pemain yang boleh diserapkan ke dalam skuad utama bagi membawa cabaran Piala Dunia Remaja 2027.
“Untuk dua tahun akan datang ini kami akan memberikan tumpuan kepada skuad bawah 18 ini kerana mereka ini juga yang akan meneruskan perjuangan pasukan senior selepas pemain-pemain berusia bersara. Kami juga mahu pastikan untuk Piala Dunia Remaja 2027 nanti, Malaysia mempunyai satu pasukan yang solid dan mampu memberikan saingan terbaik kepada pasukan-pasukan lain,” kata Subahan.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Hoki Remaja Lelaki Kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin yang dipertanggungjawabkan untuk memantau skuad B-18 negara di bawah bimbingan Mohd. Sufian Mohamad berkata sasaran mara ke separuh akhir diletakkan kepada pasukan ini berdasarkan kekuatan setiap pasukan dalam Kumpulan B yang dibarisi Kazakhstan, Indonesia, Taiwan, Jepun dan Uzbekistan.
Katanya, skuad B-18 negara mampu menamatkan saingan kumpulan di kedudukan pertama atau kedua dan sekiranya mampu menjadi juara kumpulan, Malaysia berpeluang cerah berada di pentas akhir.
“Kalau tengok balik saingan dalam Kumpulan B, ada Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Taiwan dan Uzbekistan. Saya rasa kita mampu menduduki tempat pertama atau kedua kumpulan seterusnya layak ke separuh akhir.
“Jika kita mampu menjadi juara kumpulan, kita mungkin layak ke pentas akhir,” katanya dalam sidang media semalam.
Kejohanan yang berlangsung di Pusat Latihan Hoki Kebangsaan Dazhou, China itu menyaksikan Malaysia akan memulakan saingan berdepan Kazakhstan pada 3 Julai, kemudian bertemu Indonesia (4 Julai), Taiwan (6 Julai), Jepun (7 Julai) dan Uzbekistan (9 Julai).
Tambah Nor Saiful Zaini, beliau mengakui kejohanan ini juga akan digunakan sebagai platform bagi mendapatkan pola pemain yang lebih besar serta berpotensi untuk dijadikan sebagai persediaan menjelang Piala Dunia Remaja di India pada hujung tahun ini.
“Semua pemain yang berada dalam pasukan B-18 ini tidak ada dalam pasukan saya (skuad remaja) maka dengan adanya mereka, kita akan ada kumpulan bakat yang lebih besar,” jelasnya.
Format pertandingan menyaksikan hanya dua pasukan terbaik dalam kedua-dua kumpulan akan mara ke separuh akhir.
Kumpulan A dibarisi oleh pasukan Bangladesh, China, Hong Kong, Pakistan dan Sri Lanka.
SENARAI 20 PEMAIN PASUKAN REMAJA LELAKI BAWAH 18 TAHUN
BIL | NAMA PENUH | UMUR | SEKOLAH | NEGERI | POSISI |
1 | MOHAMMAD ADIB AMSYAR BIN MOHAMMAD HANIF | 18 | SEK SUKAN BUKIT JALIL | KUALA LUMPUR | GOALKEEPER |
2 | MUHAMMAD ZIKRIL AZIM B MOHD ZAKI | 18 | SMK ANDERSON | PERAK | GOALKEEPER |
3 | IMAN FARIS BIN FAIZO | 18 | SMK SEBERANG TEMERLOH | PAHANG | DEFENDER |
4 | MUHAMMAD SAFWAN BIN SALIHE | 18 | SEK SUKAN TUNKU MAKHOTA ISMAIL | KELANTAN | DEFENDER |
5 | MUHAMMAD RAFIQ BIN MOHAMAD RAZE | 18 | SEK SUKAN MALAYSIA SABAH | SABAH | DEFENDER |
6 | DHEERESSH GUNASEELAN | 17 | SEK SUKAN BUKIT JALIL | KUALA LUMPUR | DEFENDER |
7 | MUHAMAD ZAKIR HAIDIL BIN AMRAN | 18 | SMK SEBERANG TEMERLOH | PAHANG | DEFENDER |
8 | MUHAMAD HISYAMMUDIN BIN ABDUL RANI | 18 | SMK SEBERANG TEMERLOH | PAHANG | DEFENDER |
9 | BENECDICK KULLEH ANAK MARTIN | 18 | SEK SUKAN MALAYSIA SABAH | SARAWAK | DEFENDER |
10 | THANESH A/L MUNIANDY | 18 | SMK ANDERSON | PERAK | MIDFIELDER |
11 | AHMAD DANISH BIN NOOR AZMI | 18 | SMK ANDERSON | PERAK | MIDFIELDER |
12 | MUHAMMAD HARITH AFI BIN MUHAMAD RISHAMUDIN | 18 | SMK SEBERANG TEMERLOH | PAHANG | MIDFIELDER |
13 | MUHAMMAD DANIAL HAKEEM BIN ABDULLAH | 17 | SMK SEBERANG TEMERLOH | PAHANG | MIDFIELDER |
14 | AFERULLSYAH BIN AHMAD AZUAN SYAHRIL | 18 | SEK SUKAN BUKIT JALIL | SELANGOR | MIDFIELDER |
15 | HARIEQ HADIEF BIN MOHD FARIQ | 17 | SMK TINGGI MELAKA | MELAKA | MIDFIELDER |
16 | MUHAMMAD SAIFUL SYAHFY BIN MOHD BADDRUDDIN | 18 | SEK SUKAN TUNKU MAKHOTA ISMAIL | JOHOR | FORWARD |
17 | RAHUUL FAZRIEN BIN MUHAMMAD NAZRIEN | 18 | SEK SUKAN BUKIT JALIL | PERAK | FORWARD |
18 | ABDUL HAMZAH BIN YAHKIP | 17 | SMK DATO BENTARA LUAR | JOHOR | FORWARD |
19 | MUHAMMAD IZZ ILHAN BIN AZRUL RIDZUAN | 16 | SEK SUKAN BUKIT JALIL | PERAK | FORWARD |
20 | MUHAMMAD ASRI BIN MOHD RAZALI | 18 | SEK SUKAN TUNKU MAKHOTA ISMAIL | TERENGGANU | FORWARD |
PEGAWAI PASUKAN
BIL | NAMA PENUH | SEKOLAH / MAJIKAN | NEGERI | POSISI |
1 | Mohd Nor Affazly Abdul Gaffar | SMK DATO BENTARA LUAR (KPM) | JOHOR | PENGURUS PASUKAN |
2 | MUHAMMAD FAHMI BIN KHALID | TENAGA NASIONAL BERHAD | PERAK | PEN PENGURUS PASUKAN |
3 | Mohd Sufian Bin Mohamad | MAJLIS BANDARAYA KUANTAN | PAHANG | KETUA JURULATIH |
4 | ZAIDI BIN ZAINUDIN | SEK SUKAN TUNKU MAKHOTA ISMAIL (KPM) | JOHOR | JURULATIH |
5 | MOHD HARFIZI BIN BAHAROM | MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA | MELAKA | JURULATIH PENJAGA GOL |
6 | MUHAMAD HANIF BIN HASAN | – | – | VIDEO ANALISIS |
7 | MUHAMMAD HAZEEM BIN MUSTAFFAR KAMAL | – | – | DOKTOR/FISIO |