Skuad Hoki Dalam Dewan Lelaki dan Wanita Kebangsaan berlepas ke Prague, Republik Czech, hari ini bagi menjalani siri kejohanan jemputan dan perlawanan persahabatan di negara tersebut sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand.
Jelajah ini menjadi medan penting buat Skuad Hoki Dalam Dewan Negara untuk menilai tahap persediaan pasukan selepas beberapa bulan menjalani latihan intensif, selain menguji strategi dan kombinasi pemain menentang kelab-kelab berkualiti dari Eropah.
Bagi skuad lelaki kendalian Muhamad Amin Rahim, mereka bakal beraksi dalam sembilan perlawanan merangkumi lima kejohanan jemputan menentang kelab dari Republik Czech, Slovakia dan Jerman manakala empat perlawanan persahabatan berdepan kelab Republik Czech sebagai medan membaiki aspek taktikal menjelang Temasya Sukan SEA 2025.
Menurut Amin Rahim, siri jelajah ini menjadi penanda aras penting untuk menilai sejauh mana pasukannya sudah bersedia selepas hampir dua bulan beliau mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih.
“Jelajah ini penting untuk melihat tahap persediaan semasa pasukan. Setakat ini, saya berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan dan berharap momentum ini berkekalan sehingga Sukan SEA nanti.
“Peluang beraksi di Eropah perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain untuk menunjukkan prestasi terbaik, selain membolehkan barisan kejurulatihan mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum saingan Sukan SEA dan mencatur kombinasi yang terbaik buat pasukan,” kata Amin Rahim.
Skuad hoki dalam dewan negara lelaki akan beraksi dalam Pragochema Cup, Prague Indoor 2025 di Sportshall Sokol Kbely, bermula 15 November, dengan aksi pertama menyaksikan skuad negara menentang kelab Tresenwalder (Jerman), HC 1972 Rakovnik (Republik Czech) dan Raca (Slovakia).
Pada 16 November pula, kejohanan akan diteruskan bagi aksi penentuan tempat dan juga final. Selepas itu, mereka dijadual bertemu empat lagi kelab Republik Czech dalam perlawanan persahabatan menentang Mnichovice, Slavia, Bohemians dan Litice dari 17 hingga 21 November ini.
Sementara itu, skuad hoki dalam dewan negara wanita yang turut bersama di jelajah tersebut akan mengharungi 10 perlawanan, termasuk lima kejohanan jemputan melibatkan kelab dari Republik Czech dan Jerman manakala lima aksi persahabatan menentang kelab dari Republik Czech dan Ukraine.
Ketua jurulatih, Rodzhanizam Mat Radzi berkata, pengalaman beraksi di Eropah amat berharga kerana memberi peluang kepada pemain untuk mengasah kemampuan menghadapi pasukan bertaraf dunia dalam suasana sebenar pertandingan.
“Jelajah ini bukan sekadar untuk menilai prestasi, tetapi juga memperkukuh kefahaman taktikal, komunikasi pasukan serta ketahanan fizikal dan mental pemain.
“Sasaran utama skuad wanita adalah menggunakan setiap perlawanan di Prague untuk memperhalusi dan mempertajam corak permainan serta memperkukuh taktikal sebelum beraksi di Sukan SEA Thailand,” katanya.
Skuad wanita akan memulakan saingan menentang Tresenwalder (Jerman), HC Bohemians Praha dan Praga (Republik Czech) pada 15 hingga 16 November, sebelum berdepan Ukraine, Slavia, Bohemians, Pragovka dan Litice dalam aksi persahabatan berikutnya.
Jejalah ini disertai 14 pemain lelaki dan wanita negara dan empat pegawai bagi setiap pasukan, dengan sokongan dua pegawai Institut Sukan Negara (ISN) yang akan membantu dalam aspek sains sukan serta pemulihan pemain sepanjang berada di sana.
Dengan persiapan yang terancang dan pendedahan di peringkat antarabangsa ini, skuad hoki dalam dewan negara kini meletakkan harapan tinggi untuk merampas semula pingat emas di pentas Sukan SEA Thailand pada Disember ini.
Berikut merupakan senarai pemain dan barisan pengurusan serta kejurulatihan (lelaki dan Wanita) yang mengikuti Siri Kejohanan Jemputan Dan Perlawanan Persahabatan Prague, Republic Czech 2025.
|
SKUAD LELAKI |
||
|
NO |
NAMA |
POSISI |
| 1 | MOHAMAD HAZRUL FAIZ AHMAD SOBRI |
PENJAGA GOL |
| 2 | MUHAMMAD AIDIL MD SHAH | |
| 3 | MUHAMMAD HAMIZ MOHD AHIR | |
| 4 | MUHAMMAD NAJMI FARIZAL JAZLAN |
PERTAHANAN |
| 5 | MUHAMMAD ASLAM MOHAMED HANAFIAH | |
| 6 | MUHAMMAD FIRDAUS OMAR | |
| 7 | MUHAMAD AMINUDIN MOHD ZAIN | |
| 8 | SHAZRIL IRWAN NAZLI | |
| 9 | MUHAMAD IZHAM AZHAR |
TENGAH |
| 10 | MEOR MUHAMAD AZUAN HASAN | |
| 11 | MOHAMAD ASHRAN HAMSANI |
PENYERANG |
| 12 | ABDUL KHALIQ HAMIRIN | |
| 13 | FARIDZUL AFIQ MOHD | |
| 14 | SHAHMIE IRFAN SUHAIMI | |
|
BARISAN PENGURUSAN DAN KEJURULATIHAN |
||
| 1 | SHURIZAN MANSOR |
PENGURUS PASUKAN |
| 2 | MUHAMAD AMIN RAHIM |
KETUA JURULATIH |
| 3 | MOHD HANIP CHE HALIM |
PENOLONG JURULATIH |
| 4 | SAIFUL AZHAR MOHD AFENDI |
JURULATIH PENJAGA GOL |
|
SKUAD WANITA |
||
|
NO |
NAMA |
POSISI |
| 1 | FARAH AYUNI YAHYA |
PENJAGA GOL |
| 2 | FITRINUR AMIERA RAMLEE | |
| 3 | NUR ELLYSHA NAJWA MOHD NURHAIRUDIN FAKEH | |
| 4 | LT NUR AISYAH YAACOB |
PERTAHANAN |
| 5 | PUTRI NUR BATRISYIA NOR NAWAWI | |
| 6 | NOR ASFARINA ISAHIYIFIQA ISAHHIDUN | |
| 7 | NORHASIKIN HALIM | |
| 8 | BRENDA J.J ANDY JUNIOR | |
| 9 | RAJA NORSHARINA RAJA SHABUDDIN |
TENGAH |
| 10 | NURASLINDA SAID | |
| 11 | NUR ATIRA MOHAMAD ISMAIL |
PENYERANG |
| 12 | IREN HUSSIN | |
| 13 | FAZILLA SYLVESTER SILIN | |
| 14 | NORSHAFIQHA ISHAK | |
|
BARISAN PENGURUSAN DAN KEJURULATIHAN |
||
| 1 | YUWANA ABD RAHMAN |
PENGURUS PASUKAN |
| 2 | MOHD RODZHANIZAM MAT RADZI |
KETUA JURULATIH |
| 3 | MOHD BADRUL HISHAM OSMAN |
PENOLONG JURULATIH |
| 4 | LK TLR MOHD KHAIRUL AFENDY KAMARUZAMAN |
JURULATIH PENJAGA GOL |
Berikut merupakan butiran Siri Kejohanan Jemputan Dan Perlawanan Persahabatan Prague, Republic Czech 2025.
|
PASUKAN LELAKI |
|||
|
VENUE – SPORTSHALL SOKOL KBELY
|
|||
| TARIKH / HARI | LAWAN | MASA (WAKTU MALAYSIA) | |
| 15 NOVEMBER
SABTU |
|
|
|
| 16 NOVEMBER
AHAD |
|
||
|
PERLAWANAN PERSAHABATAN |
|||
| TARIKH / HARI | LAWAN | ||
| 17 NOVEMBER – ISNIN | MALAYSIA VS MNICHOVICE CLUB | ||
| 18 NOVEMBER – SELASA | MALAYSIA VS SLAVIA CLUB | ||
| 19 NOVEMBER – RABU | MALAYSIA VS BOHEMIANS CLUB | ||
| 21 NOVEMBER – JUMAAT | MALAYSIA VS LITICE CLUB | ||
|
PASUKAN WANITA |
|||
|
VENUE – SPORTSHALL SOKOL KBELY
|
|||
| TARIKH / HARI | LAWAN | MASA (WAKTU MALAYSIA) | |
| 15 NOVEMBER
SABTU |
|
|
|
| 16 NOVEMBER
AHAD |
|
||
|
PERLAWANAN PERSAHABATAN |
|||
| TARIKH / HARI | LAWAN | ||
| 17 NOVEMBER – ISNIN | MALAYSIA VS UKRAINE MALAYSIA VS SLAVIA CLUB |
||
| 18 NOVEMBER – SELASA | MALAYSIA VS BOHEMIANS CLUB | ||
| 19 NOVEMBER – RABU | MALAYSIA VS PRAGOVKA CLUB | ||
| 21 NOVEMBER – JUMAAT | MALAYSIA VS LITICE CLUB | ||









