Skuad Remaja Lelaki Jalani Siri Jelajah Brisbane Australia
Home » News » Skuad Remaja Lelaki Jalani Siri Jelajah Brisbane Australia
Skuad Remaja Lelaki Jalani Siri Jelajah Brisbane Australia
Sebagai persediaan bagi menghadapi dua kejohanan tahun ini, (Piala Sultan Johor dan Piala Remaja Asia 2024), Skuad Remaja Kebangsaan kini memulakan persiapan bagi membentuk satu pasukan yang mantap dengan menjalani Siri Jelajah Brisbane Australia yang berlangsung daripada 24 Julai hingga 6 Ogos 2024 di Queensland State Hockey Centre, Brisbane, Australia.
Siri jelajah yang diatur ini adalah sebagai pendedahan buat barisan Remaja Lelaki Kebangsaan bagi mendapatkan perlawanan yang berintensiti tinggi menentang Pasukan Kebangsaan B-21 Australia juga Kelab Hoki Queensland di mana 26 pemain akan mengikuti siri jelajah ini.
Sebanyak enam perlawanan telah diatur, empat perlawanan menentang Pasukan Kebangsaan B-21 Australia dan dua perlawanan menentang Kelab Hoki Queensland. Barisan pemain yang dibimbing oleh Jurulatih, I. Vikneswaran bersama Hairi Rahman, Hanafi Hassan dan Chairil Anwar akan berlepas ke Brisbane, Rabu – 24 Julai 2024.
Pengurus Pasukan Remaja Lelaki Kebangsaan, En. Ganesan Shanmugam, mengharapkan pemain-pemain yang diberikan peluang menyertai siri jelajah ini akan mengutip pengalaman sebanyak mungkin dan menjadikan pendedahan yang diberikan ini sebagai salah satu medan pembelajaran untuk menjadikan mereka pemain yang lebih baik.
Pengurus Pasukan Remaja Lelaki Kebangsaan, En. Ganesan Shanmugam
“Selepas sesi pemilihan pemain yang diadakan baru-baru ini, Siri Jelajah Brisbane merupakan langkah pertama bagi mempersiapkan pasukan ini yang akan menghadapai dua kejohanan iaitu Piala Sultan Johor pada Oktober dan Piala Remaja Asia pada bulan Disember.
“Saya berharap setiap pemain yang diberikan kepercayaan bersama pasukan ini akan mengambil peluang tersebut dengan sebaiknya. Mereka perlu buktikan mengapa mereka harus terus kekal berada di dalam pasukan.
“Barisan kejurulatihan akan terus menilai setiap pemain bagi memastikan mereka dapat berkembang dengan secepat mungkin sebagai seorang individu dan membentuk satu pasukan yang terbaik serta mempunyai persefahaman yang baik antara satu dengan yang lain,” jelas beliau.
Berikut merupakan senarai 26 pemain Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan yang mengikuti Siri Jelajah Brisbane Australia pada 24 Julai hingga 6 Ogos 2024.
NO
NAMA
POSISI
1
Mohamad Rafaizul Mohamad Saini
PENJAGA GOL
2
Muhammad Danish Afnan Mohd Faizal
PENJAGA GOL
3
Khairul Amirin Mohd Kamarul Azlan
PENJAGA GOL
4
Andywalfian Jefffryrius
PERTAHANAN
5
Muhammad Nabil Irfan Mohd Yusof
PERTAHANAN
6
Samrin Asri
PERTAHANAN
7
Mohamad Nor Syakir Hafiz
PERTAHANAN
8
Muhd Alief Adha Akhbar
PERTAHANAN
9
Muhammad Zamarul Hazim Ahmad Zamri
PERTAHANAN
10
Muhammad Hafiezuddin Mohd Ali
PERTAHANAN
11
Muhammad Danish Danial Abd Wahab
TENGAH
12
Muhammad Addy Jazmi Jamlus
TENGAH
13
Muhammad Khairul Norizam
TENGAH
14
Muhammad Handzalah Abdul Hadi
TENGAH
15
Disairul Fazrien Muhammad Nazrien
TENGAH
16
Mohd Adam Ashraf Mohd Johari
TENGAH
17
Wan Arif Faizuddin Wan Azmeer
TENGAH
18
Mohammad Harris Iskandar Osman
PENYERANG
19
Che Nur Aqirullah Che Mohd Khaurulzi Anwar
PENYERANG
20
Muhammad Danish Aiman Khairil Anwar
PENYERANG
21
Sriraam Vikneswaran
PENYERANG
22
Mohamad Khairil Hakimi Zainol
PENYERANG
23
Ekram Aidilfikri Sapri
PENYERANG
24
Yashvindraa Singaravadivel
PENYERANG
25
Addit Abdullah
PENYERANG
26
Naaveennash Panicker Thevendran
PENYERANG
Berikut merupakan jadual perlawanan persahabatan yang telah diatur dan akan berlangsung di Queensland State Hockey Centre, Brisbane, Australia: