Young Tigers Mahu Timba Pengalaman, Sertai Kejohanan Hoki Piala Emas MCC Murugappa All India

Skuad Hoki Lelaki Remaja Kebangsaan akan membuat penampilan kali pertama di Kejohanan Hoki Piala Emas MCC Murugappa All India edisi ke-96 yang dijadualkan bermula pada 10 hingga 20 Julai 2025.

 

Penyertaan di kejohanan itu dijadikan sebagai medan mempersiapkan pasukan menjelang dua kejohanan antarabangsa iaitu Piala Sultan Johor 2025 pada Oktober dan FIH Piala Dunia Remaja Lelaki India pada 28 November hingga 10 Disember yang akan berlangsung di Chennai dan Madurai, India.

 

Saingan tersebut akan berlangsung di Stadium SDAT-Datuk Bandar Radhakrishnan di Chennai. Malaysia bakal mengharungi empat perlawanan pusingan kumpulan dan akan turun untuk aksi pertama pada 12 Julai bertemu Indian Navy yang juga membuat penampilan kali pertama di kejohanan tersebut.

 

Young Tigers akan berlepas ke Chennai, India esok pada pukul 9.30 pagi di mana seramai 18 pemain dan tujuh pegawai membawa objektif yang sama iaitu menyertai kejohanan itu bagi agar pemain dapat meraih sebanyak mungkin pengalaman beraksi di pentas antarabangsa dan mendapat permainan yang berintensiti tinggi.

 

Ketua Jurulatih Hoki Remaja Lelaki Kebangsaan, Nor Saiful Zaini berharap penyertaan dalam kejohanan ini dapat memberi ruang kepada para pemain dapat meningkatkan prestasi masing-masing dan mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan pasukan serta membentuk keserasian yang lebih mantap di dalam pasukan.

 

“Mereka perlu mencapai KPI kendiri untuk posisi serta menyempurnakan tugas masing-masing sebaik mungkin selain perlu berusaha lebih keras lagi untuk memperbaiki keserasian sepasukan.

 

“Kejohanan ini dianggap penting kerana mereka boleh mengukur kelemahan dan kelebihan diri serta pasukan. Ini juga dapat memperbaiki kelemahan yang ada sebelum Kejohanan Piala Sultan Johor serta Piala Dunia Remaja 2025.

 

“Kami mensasaran untuk mencapai dua perkara pada penyertaan kejohanan ini. Pertama pemain dapat bermain dengan baik serta mengikuti taktikal yang diberikan. Kedua mereka perlu bermain dengan mentaliti untuk menang dan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai hasrat tersebut,” katanya.

 

Skuad remaja kebangsaan bakal dipersiapkan sebaik mungkin bagi mengharungi Piala Dunia Remaja 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 28 November hingga 10 Disember di Chennai, India dan edisi seterusnya pada 2027.

 

Berikut merupakan senarai 18 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia di Kejohanan Hoki Piala Emas MCC Murugappa All India edisi ke-96.

 

NO NAMA POSISI
1 Khairul Amirin Mohd Kamarul Azlan PENJAGA GOL
2 Haziq Muizzuddin Hairul Mizan
3 Muhammad Aqil Danial Mat Ruslee PERTAHANAN
4 Azimuddin Shakir Kamaruddin
5 Muhammad Hafiezuddin Mohd Ali
6 Muhammad Nabil Irfan Mohd Yusof
7 Mohamad Nor Syakir Hafiz
8 Muhammad Addy Jazmi Jamlus TENGAH
9 Muhammad Handzalah Abdul Hadi
10 Muhammad Adam Asyraf Johari
11 Ammar Qusyairi Abd Halim
12 Muhammad Atif Aqil Zubir
13 Muhammad Danish Aiman Khairul Anuar PENYERANG
14 Mohammad Harris Iskandar Osman
15 Naveennash Panicker
16 Shafiq Ammar Fahmi Suzaini
17 Eswaran George
18 Mohamad Khairil Hakimi Zainol

 

Berikut merupakan barisan kejurulatihan dan pegawai yang akan bersama ke Kejohanan Hoki Piala Emas MCC Murugappa All India edisi ke-96.

 

NO NAMA JAWATAN
1 Nor Saiful Zaini Nasiruddin Ketua Jurulatih
2 Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor Penolong Jurulatih
3 Kaliswaran Muniandy Penolong Jurulatih
4 Mohammad Hairi Abd Rahman Jurulatih Penjaga Gol
5 Dervan V.R.Cramathandran Fisio
6 Ammar Danial Rahmat Masseur
7 Mohd Hanafi Hassan Penganalis Prestasi (Video)

 

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Young Tigers di Pool B, Kejohanan Hoki Piala Emas MCC Murugappa All India.

NO HARI / TARIKH MASA PERLAWANAN
1 12.07.2025

SABTU

8.30 PM MALAYSIA JUNIOR NATIONAL Lawan INDIAN NAVY
2 13.07.2025

AHAD

8.30 PM MALAYSIA JUNIOR NATIONAL Lawan CENTRAL BOARD OF DIRIECT TAXES
3 15.07.2025

SELASA

6.45 PM INDIAN OIL CORPORATION LTD Lawan MALAYSIA JUNIOR NATIONAL
4 16.07.2025

RABU

8.30 PM HOCKEY KARNATAKA Lawan MALAYSIA JUNIOR NATIONAL

 

** Masa perlawanan adalah waktu Malaysia