Persekutuan Hoki Asia (AHF), hari ini, mengumumkan jadual perlawanan Kejohanan Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 di Muscat, Oman pada 26 November-4 Disember ini yang menyaksikan Young Tigers bakal menghitung pertemuan dengan China pada aksi pembukaan.

Selain China, Skuad Remaja Negara yang diundi di dalam Kumpulan B turut akan berdepan Pakistan, Bangladesh dan Oman.

Sementara, Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan Thailand pula berada di dalam Kumpulan A di samping India.

Malaysia akan menentang China pada 26 November ini jam 8:45 malam (waktu Malaysia), diikuti bertemu Oman keesokan hari pukul 11 malam (waktu Malaysia).

Bangladesh pula menanti Young Tigers pada 30 November (6.30 petang – waktu Malaysia) dan 1 Disember berdepan Pakistan (8.45 petang – waktu Malaysia).

Separuh akhir akan berlangsung pada 3 Disember, manakala, perlawanan akhir dijadualkan pada 4 Disember.

Enam pasukan teratas pada Piala Remaja Asia akan melayakkan diri ke Piala Remaja Dunia 2025, dengan India layak secara automatik sebagai tuan rumah.

Dalam pada itu, Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia Wanita akan dilangsungkan pada 7-15 Disember juga di Muscat, Oman.

Young Tigress diundi di dalam Kumpulan A bersama India, China, Thailand dan Bangladesh.

Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Sri Lanka pula berada di dalam Kumpulan B.

Malaysia akan turun beraksi menentang Thailand dalam perlawanan pembukaan pada 7 Disember (6.30 petang – waktu Malaysia), diikuti bertemu India 9 Disember (11 malam – waktu Malaysia), 11 Disember bertemu Bangladesh (8.45 petang – waktu Malaysia) dan China pada 12 Disember (8.45 petang – waktu Malaysia).

Tags: