MHC YAKIN PENONTON BANJIRI STADIUM

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) yakin penonton setia bakal membanjiri Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil menjelang kancah saingan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja yang bermula, bulan depan(Dec 5-16).

 

Dengan tiket kemasukan adalah percuma sepanjang tempoh pertandingan pada edisi ke-13 kali ini, mesejnya adalah jelas – meminta orang ramai, termasuk pelajar sekolah dan universiti hadir beramai-ramai memberikan sokongan moral kepada cabaran skuad negara.

 

Brian Fernandez, JWC Event Manager, Dato’ Seri Dr Anil Jeet Singh, MHC vice president and Nishel Kumar, MHC CEO

“Di sini objektif utama adalah untuk mempromosi permainan hoki. Kami percaya golongan remaja, khususnya, akan datang ke gelanggang pada hari perlawanan.

 

“Kami menyimpan harapan stadium kita tetap dikunjungi peminat hoki tanah air,” kata Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Anil Jeet Singh dalam satu sidang media, hari ini.

 

Keputusan bagi kemasukan percuma ke gelanggang juga di atas satu kesedaran betapa ia dapat mengurangkan sedikit beban kewangan orang ramai pada ketika ini.

 

Kejohanan ini juga menyajikan peluang terbaik bagi penonton untuk melihat aksi pasukan gergasi lain seperti German, Argentina, India atau Australia di depan mata mereka ketika kejohanan ini.

 

Saat seperti ini tidak akan menyusul selalu di laman sendiri bagi menyaksikan salah satu kejohanan terbesar dunia dalam kalendar Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

 

MHC Vice-President Dato’ Seri Dr Anil Jeet Singh, Nishel Kumar, CEO MHC and J. V. Jayan competition committee secretary

Sejumlah 48 perlawanan akan dapat disaksikan membabitkan 16 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan apabila saingan bermula pada 5 sehingga 16 Disember ini.

 

Pasukan tuan rumah, diundi dalam Kumpulan A membabitkan juara bertahan, Argentina, bekas juara, Australia dan Chile.

 

Jerman, Perancis, Afrika Selatan dan Mesir pula membentuk Kumpulan B dengan juara dua kali India, Sepanyol dan Kanada bersaing dalam Kumpulan C manakala Belanda, Belgium, Pakistan dan New Zealand melengkapkan Kumpulan D.

 

Chile adalah pasukan pertama tiba pada Sabtu lalu manakala Austraia dijadualkan tiba pada 28 November.

 

Sementara itu, Anil berkata kerja segala urusan pembaikan stadium sudah hampir siap untuk berfungsi baik dengan sepanjang tempoh kejohanan ini.

 

Malaysian Hockey Confederation Vice-President Dato’ Seri Dr Anil Jeet Singh chairing the meeting today

“Difahamkan 95 peratus gelanggang permainan dan kemudahan lain sudah siap untuk menyambut pasukan luar negara bagi edisi kali ini.

 

“Ini satu perkhabaran baik bagi semua pihak dan kami akan pastikan segalanya berjalan lancar sebagaimana diharapkan,” kata Anilnya.

 

Ini termasuk kerja-kerja mengemaskinikan bilik persalinan pasukan, mengecat, mencuci lantai dan membersihkan tempat di sekeliling stadium.