KOREA SELATAN, CHILE DAPAT PENAWAR DUKA

KEPUTUSAN
(Penentuan tempat ke-13/14)
KOREA SELATAN……..4 MESIR……………3
(Penentuan tempat ke-15/16)
CHILE…………………….4 KANADA ……….1

KOREA Selatan yang seperti sudah hilang selera, terpaksa berhempas pulas sebelum dapat menewaskan Mesir 4-3 dalam perlawanan penentuan tempat ke-13/14 Piala Dunia Remaja (JWC) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, petang ini.

Pakar pukulan sudut penalti, Kim Dohyun muncul wira pasukan dengan gol pada minit terakhir permainan yang juga jaringan kelapan secara keseluruhan baginya dalam kejohanan Piala Dunia Remaja kali ini.

Bagi pemenang pingat gangsa Piala Asia Remaja itu, pencapaian hari ini dianggap kedua terburuk dalam sejarah penyertaan JWC. Pada edisi 2016 di India, mereka menghuni tangga ke-14.

Barisan didik, Jang Young Seo itu mengesahkan kemenangan mereka menerusi jaringan Jiho Choi pada minit ke-28, Ryu Hoyun (m29) dan Lim Dohyun (m36, 59) manakala jaringan Mesir menyusul daripada Said Kamal pada minit ke-26, Hossameldin Ragab (m38) dan Bassem Mokhtar (m51).
Sementara itu, dalam perlawanan penentuan tempat 15/16, Chile pulang ceria dengan kemenangan pertama mereka dalam kejohanan selepas menumpaskan Kanada 4-1.


Pasukan dari Amerika Selatan itu mengesahkan status mereka dengan gol menerusi Sebastian Wolansky pada minit ke-13, 57, Joaquin Munoz (m18) dan Felipe Richard (m55). Gol tunggal Kanada hadir pada minit ke-28 hasil sumbangan Robin Thind.