TNB MJHL (Perempuan) : MSNS/PHS/SSMS (Sabah), CS Mustang HT, Ke Penentuan Kedudukan Ke-9 / Ke-10

In MAIN

MSNS/PHS/SSMS (Sabah) dan CS Mustang Hockey Team bakal bersaing bagi merebut kedudukan ke-9 dan ke-10 daripada 17 pasukan yang mengambil bahagian di TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2024 Kategori Perempuan, susulan kejayaan menewaskan lawan masing-masing pada aksi klasifikasi yang berlangsung hari ini.

Selepas tidak berjaya meloloskan diri dalam kelompok lapan pasukan terbaik yang akan beraksi di pentas suku akhir pada 24 Jun, kini MSNS/PHS/SSMS (Sabah) dan CS Mustang Hockey Team berpeluang untuk menutup kempen TNB MJHL 2024 di kedudukan tertinggi, pasukan kesembilan terbaik.

Terdahulu MSNS/PHS/SSMS (Sabah), yang turun bertemu SSN ZA`BA / PHNS / KPHA dalam aksi klasifikasi 9-12 perlu berterima kasih kepada Denniela Axora yang berjaya memastikan kelebihan penalti stoke yang diterima pada minit ke-42 berjaya diterjemahkan kepada jaringan.

Gol tunggal yang dijaringkan itu juga berjaya dikekalkan sehingga tamat perlawanan dan sekaligus membawa mereka untuk merebut tempat kesembilan dan ke-10 terbaik secara keseluruhan Kategori Perempuan 2024.

Sementara itu dua gol kebangkitan menerusi pukulan sudut penalti yang diterjemahkan kepada jaringan oleh pemain CS Mustang Hockey Team, ketika turun menentang SSN Predators Girls, membantu mereka untuk mara merebut kedudukan terbaik bertemu MSNS/PHS/SSMS (Sabah).

Ketinggalan 1-0 pada minit ke-39 selepas SSN Predator Girls, menjaringkan gol menerusi jaringan padang, Uqashah Azrin Khairul Azuan tidak mematahkan semangat pemain CS Mustang Hockey Team. Gol Lailazatul Izati Yasrie pada minit ke-41 dan jaringan minit ke-54 oleh Nurul Syafinaz Muhamad Zapinor cukup untuk membawa CS Mustang Hockey Team ke penentuan kedudukan ke-9 dan ke-10 yang akan berlangsugn esok.

Keputusan ini juga sekaligus menyaksikan dua pasukan yang tewas, SSN ZA`BA / PHNS / KPHA, dan SSN Predators Girls akan bersaing bagi penentuan kedudukan ke-11 dan ke-12.

Terdahulu perlawanan klasifikasi kedudukan ke-13 hingga ke-16 menyaksikan  MSS Selangor – MBDK Development dan SSN Kedah akan beraksi pada perlawanan penentuan kedudukan ke-13 dan ke-14 selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing.

Ini sekaligus menyaksikan GR Highlander Girls dan JM Hawks Auroras yang tewas dalam perlawanan klasifikasi tersebut akan bermain perlawanan penentuan kedudukan ke-15 dan ke-16.

Keputusan hari ini:

Klasifikasi Kedudukan Ke-13 hingga ke-16

JM Hawks Auroras 1-3 SSN Kedah

GR Highlander Girls 0-2 MSS Selangor – MBDK Development

Klasifikasi Kedudukan Ke-9 hingga ke-12

SSN Predator Girls 1-2 CS Mustang Hockey Team

SSN ZA`BA / PHNS / KPHA 0-1 MSNS/PHNS/SSMS (Sabah)

Recent Posts

Leave a Comment