Skuad Remaja Lelaki Jalani Siri Jelajah Brisbane Australia

Sebagai persediaan bagi menghadapi dua kejohanan tahun ini, (Piala Sultan Johor dan Piala Remaja Asia 2024), Skuad Remaja Kebangsaan kini memulakan persiapan bagi membentuk satu pasukan yang mantap dengan menjalani Siri Jelajah Brisbane Australia yang berlangsung daripada 24 Julai hingga 6 Ogos 2024 di Queensland State Hockey Centre, Brisbane, Australia. Siri jelajah yang diatur ini adalah sebagai pendedahan buat barisan Remaja Lelaki Kebangsaan bagi mendapatkan perlawanan yang berintensiti tinggi menentang Pasukan Kebangsaan B-21 Australia juga Kelab Hoki Queensland di mana 26 pemain akan mengikuti siri jelajah ini. Sebanyak enam perlawanan telah diatur, empat perlawanan menentang Pasukan Kebangsaan B-21 Australia dan dua perlawanan menentang Kelab Hoki Queensland. Barisan pemain yang dibimbing oleh Jurulatih, I. Vikneswaran bersama Hairi Rahman, Hanafi Hassan dan Chairil Anwar akan berlepas ke Brisbane, Rabu –  24 Julai 2024. Pengurus Pasukan Remaja Lelaki Kebangsaan, En. Ganesan Shanmugam, mengharapkan pemain-pemain yang diberikan peluang menyertai siri jelajah ini akan mengutip pengalaman sebanyak mungkin dan menjadikan pendedahan yang diberikan ini sebagai salah satu medan pembelajaran untuk menjadikan mereka pemain yang lebih baik.
Pengurus Pasukan Remaja Lelaki Kebangsaan, En. Ganesan Shanmugam
“Selepas sesi pemilihan pemain yang diadakan baru-baru ini, Siri Jelajah Brisbane merupakan langkah pertama bagi mempersiapkan pasukan ini yang akan menghadapai dua kejohanan iaitu Piala Sultan Johor pada Oktober dan Piala Remaja Asia pada bulan Disember. “Saya berharap setiap pemain yang diberikan kepercayaan bersama pasukan ini akan mengambil peluang tersebut dengan sebaiknya. Mereka perlu buktikan mengapa mereka harus terus kekal berada di dalam pasukan. “Barisan kejurulatihan akan terus menilai setiap pemain bagi memastikan mereka dapat berkembang dengan secepat mungkin sebagai seorang individu dan membentuk satu pasukan yang terbaik serta mempunyai persefahaman yang baik antara satu dengan yang lain,” jelas beliau. Berikut merupakan senarai 26 pemain Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan yang mengikuti Siri Jelajah Brisbane Australia pada 24 Julai hingga 6 Ogos 2024.
NO NAMA POSISI
1 Mohamad Rafaizul Mohamad Saini PENJAGA GOL
2 Muhammad Danish Afnan Mohd Faizal PENJAGA GOL
3 Khairul Amirin Mohd Kamarul Azlan PENJAGA GOL
4 Andywalfian Jefffryrius PERTAHANAN
5 Muhammad Nabil Irfan Mohd Yusof PERTAHANAN
6 Samrin Asri PERTAHANAN
7 Mohamad Nor Syakir Hafiz PERTAHANAN
8 Muhd Alief Adha Akhbar PERTAHANAN
9 Muhammad Zamarul Hazim Ahmad Zamri PERTAHANAN
10 Muhammad Hafiezuddin Mohd Ali PERTAHANAN
11 Muhammad Danish Danial Abd Wahab TENGAH
12 Muhammad Addy Jazmi Jamlus TENGAH
13 Muhammad Khairul Norizam TENGAH
14 Muhammad Handzalah Abdul Hadi TENGAH
15 Disairul Fazrien Muhammad Nazrien TENGAH
16 Mohd Adam Ashraf  Mohd Johari TENGAH
17 Wan Arif Faizuddin Wan Azmeer TENGAH
18 Mohammad Harris Iskandar Osman PENYERANG
19 Che Nur Aqirullah Che Mohd Khaurulzi Anwar PENYERANG
20 Muhammad Danish Aiman Khairil Anwar PENYERANG
21 Sriraam Vikneswaran PENYERANG
22 Mohamad Khairil Hakimi Zainol PENYERANG
23 Ekram Aidilfikri Sapri PENYERANG
24 Yashvindraa Singaravadivel PENYERANG
25 Addit Abdullah PENYERANG
26 Naaveennash Panicker Thevendran PENYERANG
Berikut merupakan jadual perlawanan persahabatan yang telah diatur dan akan berlangsung di Queensland State Hockey Centre, Brisbane, Australia:
NO HARI TARIKH PERLAWANAN MASA
1 JUMAAT 26 / 07 / 2024 Malaysia U-21 Lwn Australia U-21 12:00 TENGAH HARI
2 AHAD 28 / 07 / 2024 Malaysia U-21 Lwn Australia U-21 7:30 PAGI
3 ISNIN 29 / 07 / 2024 Malaysia U-21 Lwn Australia U-21 4:00 PETANG
4 RABU 31 / 07 / 2024 Malaysia U-21 Lwn Australia U-21 7:30 PAGI
5 KHAMIS 1 / 08 / 2024 Malaysia U-21 Lwn Queensland HT 3:00 PETANG
6 ISNIN 5 / 08 / 2024 Malaysia U-21 Lwn Queensland HT 4:00 PETANG
** Masa perlawanan adalah Waktu Malaysia