Jelajah Korea Medan Terakhir Speedy Tigers Bentuk Skuad Piala Negara-Negara 2025

Skuad Hoki Lelaki Kebangsaan menjadikan Jelajah Korea Selatan sebagai medan terakhir untuk membentuk pasukan terbaik menjelang kempen Piala Negara-Negara 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 21 Jun depan.

 

Timbalan Presiden KHM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato’ Ahmad Najmi Abdul Razak turut memaklumakn dalam siding media yang berlangsung hari ini bahawa segala kos ke Korea Selatan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Sukan Korea Selatan sekali gus menunjukkan bahawa kemampuan Speedy Tigers dihargai pasukan negara itu.

 

Katanya, selepas jelajah itu berakhir, barisan kejurulatihan akan mengumumkan senarai akhir pasukan kebangsaan yang bakal membawa cabaran Malaysia di Piala Negara-Negara.

 

“Sebagai persiapan terakhir menjelang Piala Negara-Negara, pasukan kebangsaan kita akan membuat persiapan di Korea Selatan bermula 18 Mei hingga 29 Mei. Jelajah Korea ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Sukan Korea Selatan. Tanggunggan termasuk perbelanjaan penerbangan, penginapan, makan dan minum pasukan.

 

“KHM tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan. Kami melihat ini merupakan satu penghargaan kepada Speedy Tigers. Ini juga pasti akan menjadi pemangkin kepada pasukan untuk belatih dan bermain bersama Korea Selatan di tempat mereka.

 

“Kami membawa 22 pemain dan ada sedikit perubahan dengan pasukan yang dibawa di Jelajah Australia baru-baru ini iaitu melibatkan empat orang pemain lain. Selepas Jelajah Korea Selatan ini jurulatih Sarjit akan mengumumkan barisan pemain yang akan berjuang di Piala Negara-Negara pada Jun nanti,” katanya dalam sidang media yang berlangsung hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Jurulatih Skuad Hoki Lelaki Kebangsaan, Sarjit Singh berkata objektif utama Jelajah Korea Selatan adalah bagi mempertingkatkan lagi taktikal pasukan menjelang kejohanan penting di Kuala Lumpur.

 

Jelasnya, beliau juga mahu melihat peningkatan dan bagaimana pengalaman yang diraih anak buahnya ketika di Jelajah Australia, digunapakai di Jelajah Korea Selatan.

 

“Jelajah Korea merupakan satu lagi fasa penting dalam pembinaan pasukan menjelang Piala Negara-negara. Objektif utama kami adalah untuk mempertajam lagi pelaksanaan taktikal kami, terutamanya dalam senario di mana ruang dan masa terhad.

 

“Korea mempersembahkan gaya permainan yang sangat berbeza iaitu pantas, tersusun dan berdisiplin tinggi. Jadi ini merupakan ujian yang baik untuk menyesuaikan diri dan membuat Keputusan pantas.

 

“Kami juga mahu mengukuhkan kombinasi kami, mengukuhkan organisasi pertahanan kami, dan memberi peluang kepada pemain untuk beraksi di bawah tekanan perlawanan berintensiti tinggi.

 

“Di Australia, kami diuji secara fizikal dan taktikal menentang pasukan bertaraf dunia. Walaupun terdapat perkara positif termasuk struktur yang kukuh, pergerakan bola yang lebih baik dan usaha individu yang kuat. Kami tahu kami perlu meningkatkan konsistensi kami,” kata Sarjit.

 

Speedy Tigers mempunyai beberapa kejohanan besar pada tahun ini termasuk Kejohanan Piala Asia yang menawarkan slot automatik ke Piala Dunia buat pasukan yang muncul juara dan kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 27 Ogos hingga 7 September di India.

 

Selain itu, Skuad Hoki Lelaki Kebangsaan turut menyertai dua kejohanan lain iaitu Piala Sultan Azlan Shah dari 22 hingga 29 November serta Sukan SEA Thailand dari 9 hingga 20 Disember 2025.

 

Berikut merupakan senarai 22 pemain yang menyertai Jelajah Perlawanan Persahabatan di Korea Selatan.

NO NAMA

POSISI

1

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN OTHMAN

 

PENJAGA GOL

2

MOHAMMAD RAFAIZUL BIN MOHAMAD SAINI

3

MUHAMMAD MARHAN BIN MOHD JALIL

 

 

 

 

 

 

PERTAHANAN

4

MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN BIN AZAHAR

5

MUHAMAD FARIS BIN HARIZAN

6

FAIZ HELMI BIN JALI

7

ANDYWALFIAN JEFFRYNUS

8

MUHAMMAD SHAFIQ BIN HASSAN

9

MUHAMMAD ARIF SYAFIE BIN ISHAK

10

MUHAMMAD NAJIB BIN ABU HASSAN

11

MOHD FITRI BIN SAARI

 

 

 

 

 

 

TENGAH

12

NIK MUHAMMAD AIMAN BIN NIK ROZEMI

13

SHELLO SILVERIUS

14

MUGHNI BIN MOHAMAD KAMAL

15

ALFARICO LANCE LIAU JR

16

ABDUL KHALIQ BIN HAMIRIN

17

MUHAMMAD AZRAI AIZAD BIN ABU KAMAL

 

 

 

 

 

 

PENYERANG

18

NORSYAFIQ BIN SUMANTRI

19

MUHAJIR BIN ABDU RAUF

20

MOHAMAD AKHIMULLAH BIN ANUAR ESOOK

21

MOHAMMAD HARRIS ISKANDAR BIN OSMAN

22

NAAVEENNASH PANICKER A/L S THEVENDRAN

 

Berikut merupakan jadual aksi persahabatan antara Speedy Tigers dan Pasukan Kebangsaan Korea Selatan yang berlangsung di Pusat Latihan Jincheon, Korea.

NO

Tarikh / Hari Masa

1

21 Mei 2025 (RABU)  

 

 

 

2:00 Petang

**Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

2

22 Mei 2025 (KHAMIS)

3

24 Mei 2025 (SABTU)

4

26 Mei 2025 (ISNIN)

5

28 Mei 2025 (RABU)