Skuad Hoki Remaja Lelaki Kebangsaan Timba Pengalaman Di China

Seramai 24 pemain Skuad Hoki Remaja Lelaki Kebangsaan bakal mengikuti Siri Jelajah China dan menjalani enam perlawanan antarabangsa berdepan Lioning Club bermula 13 hingga 25 Jun ini.

 

Young Tigress akan berlepas ke China esok pada pukul 4 pagi sebelum memulakan aksi persahabatan pertama pada 15 Jun, disusuli aksi kedua dan ketiga pada 17 dan 18 Jun.

 

Skuad kendalian Nor Saiful Zaini akan meneruskan tiga lagi aksi persahabatan antarabangsa pada 20,22 dan 24 sebelum berangkat pulang ke tanah air keesokkannya.

 

Bagi Ketua Jurulatih Hoki Remaja Lelaki Kebangsaan, Saiful Zaini, objektif utama siri Jelajah China ini adalah untuk mendedahkan pemain-pemain dengan perlawanan bertaraf antrabangsa dan membentuk gandingan serta barisan pemain terbaik.

 

Katanya, sasaran utama jelajah kali ini adalah mahu meningkatkan prestasi para pemain dan pasukan serta memupuk keyakinan di dalam diri pemain apabila beraksi dalam perlawanan antarabangsa.

 

“Pemain yang saya bawa ialah mereka yang pernah beraksi di TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MHJL), kelayakan Piala Dunia Remaja serta pemain-pemain yang dicadangkan oelh Jurulatih luar dan pemain yang dilihat berpotensi untuk beraksi di peringkat antarabangsa.

 

“Sasaran jelajah ini ialah untuk memperbaiki kemahiran pemain dan pasukan dalam perlawanan antarabangsa. Dalam masa sama, saya ingin meningkatkan komitmen pemain dalam padang semasa berdepan tekanan, mendapatkan minit permainan, meningkatkan lagi stamina mereka serta memupuk keserasian bermain bersama dalam pasukan.

 

“Aksi persahabatan ini juga memberi peluang kepada semua pemain supaya dapat menyesuaikan diri dalam perlawanan antarabangsa, membina keyakinan diri lebih tinggi semasa dan selepas bermain di siri jelajah namun tetap akan berhati-hati agar tiada kecederaan serious yang terjadi.

 

“Kami juga berharap dengan siri jelajah ini, ia mampu meningkatkan bahagian serangan dan pertahanan skuad remaja negara,” kata Nor Saiful.

 

Untuk rekod, tugasan pertama beliau adalah membentuk skuad terbaik bagi mengharungi Piala Dunia Remaja 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 28 November hingga 10 Disember di Chennai, India dan edisi seterusnya pada 2027.

 

Berikut merupakan senarai 24 pemain dan pegawai yang akan mengikuti Siri Jelajah China 2025.

BIL NAMA POSISI
1 Haziq Muizuddin B Hairul Mizan PENJAGA GOL
2 Muaz Bashir B Shabri
3 Muhammad Hafiezuddin B Mohd Ali PERTAHANAN
4 Muhammad Nabil Irfan B Mohd Yusof
5 Muhammad Irfan B Abd Nasir
6 Mohamad Nor Syakir B Hafiz
7 Shafiq Adam Harris B Suzaini
8 Karthikesan A/L Shivamoorthy
9 Wan Arif Faizuddin B Wan Ameer Ruzman
10 Muhammad Addy Jazmi B Jamlus TENGAH
11 Muhammad Handzalah B Abdul Hadi
12 Amanraj Singh
13 Muhammad Atif Aqil B Zubir
14 Yashvindraa A/L Singaravadivel
15 Muhammad Nor Daniel B Md Nor Effendy
16 Muhammad Danish Irfan B Muhammad Saufi
17 Aiman Safwan B Hisham
18 Ammar Qusyairi B Abd Halim
19 Muhammad Danish Aiman B Khairul Anuar PENYERANG
20 Shafiq Ammar Fahmi B Suzaini
21 Muhammad Haziq Zunnurain B Mohd Azhary
22 Eswaran A/L George
23 Mohamad Khairil Hakimi B Zainol
24 Muhammad Safwan B Salihe

 

Berikut merupakan barisan kejurulatihan dan pegawai yang akan bersama ke Siri Jelajah China 2025.

NO NAMA JAWATAN
1 Nor Saiful Zaini Bin Nasiruddin Ketua Jurulatih
2 Mohd Madzli Ikmar Bin Mohd Nor Penolong Jurulatih
3 Kaliswaran A/L Muniandy Penolong Jurulatih
4 Mohammad Hairi Bin Abd Rahman Jurulatih Penjaga Gol
5 Dervan A/L V.R.Cramathandran Fisio
6 Ammar Danial Bin Rahmat Masseur
7 Mohd Hanafi Bin Hassan Penganalis Prestasi (Video)

 

Berikut merupakan jadual perlawanan persahabatan bagi Siri Jelajah China 2025.

Tarikh / Hari

Masa

Perlawanan

15 Jun 2025 – Ahad

3:30 PM

Young Tigers

vs

Lioning Club

17 Jun 2025 – Selasa

10:30 AM

18 Jun 2025 – Rabu

3:30 PM

20 Jun 2025 – Jumaat

3:00 PM

22 Jun 2025 – Ahad

3:30 PM

24 Jun 2025 – Selasa

3:30 PM