Peluang 30 Pemain Rebut Tempat Bersama Speedy Tigers

Kejohanan Kelayakan Piala Dunia (Lelaki) 2026 yang bakal berlangsung di Ismailia, Egypt pada 1 hingga 7 Mac 2026 kini menjadi fokus utama The Speedy Tigers. Bagi mempersiapkan pasukan dengan sebaik mungkin, seramai 30 pemain telah dipanggil untuk menjalani sesi latihan kebangsaan.

 

Sesi latihan yang telah bermula pada 29 Disember itu menyaksikan 5 penjaga gol, 10 pemain pertahanan, 8 pemain tengah dan 7 penyerang dipanggil dengan 6 pemain (Haziq Muizuddin – penjaga gol, Andywalfian, Azimuddin Syakir, Adam Ashraf, Danish Aiman dan Addy Jazmi) yang beraksi di Piala Dunia Remaja Lelaki 2025, Chennai – Madurai, baru-baru ini, turut dipanggil menyertai sesi latihan kebangsaan.

 

Pengendali The Speedy Tigers, Sarjit Singh menyifatkan gabungan pemain senior dan remaja merupakan salah satu perancangan pasukan bagi memastikan kesinambungan berterusan dalam pasukan kebangsaan.

 

Beliau juga yakin gabungan ini juga mampu untuk menghadirkan keputusan segera dalam mencapai matlamat pertama bagi tahun 2026 iaitu layak ke Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Belgium dan Netherlands pada 15 hingga 30 Ogos 2026.

 

“Kami inginkan suntikan baru dalam pasukan dan hadirnya enam pemain-pemain muda ini memberikan sesuatu yang baru dan lebih segar buat pasukan. Ini juga akan menghadirkan saingan kompetitif yang lebih sihat, di mana setiap pemain pasti akan bekerja lebih keras untuk memastikan tempat mereka dalam pasukan kebangsaan.

 

“Pemain-pemain muda ini telah dinilai berdasarkan prestasi mereka, disiplin yang ditunjukkan, selain bagaimana mereka memahami taktikal permainan. Selain itu barisan kejurulatihan juga telah melihat dari sudut kekuatan mental mereka ketika beraksi dalam tekanan dan kesediaan fizikal untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

 

“Kami barisan kejurulatihan berharap, pemain-pemain muda yang diberikan peluang ini akan tampil bersama pasukan dengan yakin, berusaha keras untuk membuktikan kemampuan mereka serta cepat untuk menyesuaikan diri,” jelasnya yang turut berharap pemain-pemain muda tersebut berani memberikan saingan hebat kepada pemain senior yang lain.

 

Sebagai persiapan bagi menghadapi Kejohanan Kelayakan Piala Dunia 2026, Pasukan Senior Lelaki Kebangsaan akan ke Perth Australia pada Januari depan bagi menghadapi lima siri perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Australia dan Kelab Western Australia.

 

Siri jelajah itu juga akan dijadikan sebagai platform bagi menilai prestasi setiap pemain sebelum pemilihan skuad ke perlawanan kelayakan dilakukan.

 

Berikut merupakan senarai 30 pemain yang dipanggil menyertai latihan pasukan kebangsaan.

BIL.

NAMA

POSISI

1

Muhammad Hafizuddin Othman PENJAGA GOL

2

Adrian Andy Albert

3

Mohammad Rafaizul Mohamad Saini
4

Muhammad Danish Afnan Mohd Faizal

5

Haziq Muizuddin Hairul Mizan

6

Muhammad Marhan Mohd Jalil

PERTAHANAN

7

Syed Mohammad Syafiq Syed Cholan

8

Muhammad Amirul Hamizan Azahar
9

Faiz Helmi Jali

10

Andywalfian Jeffrynus
11

Muhammad Nur Asyraf Ishak

12

Muhammad Ariff Syafie Ishak
13

Syarman Mat Tee

14

Azimuddin Syakir Kamaruddin
15

Muhammad Najib Hassan

16

Muhammad Shafiq Hassan

TENGAH

17

Mohd Fitri Saari

18

Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi

19

Shello Silverius
20

Alfarico Lance Liau Jr

21

Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari
22

Mughni Mohamad Kamal

23

Muhammad Addy Jazmi Jamlus
24

Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal

PENYERANG

25

Norsyafiq Sumantri
26

Muhajir Abdu Rauf

27

Mohamad Ashran Hamsani
28

Mohamad Akhimullah Anuar Esook

29

Faizal Saari
30

Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar