Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini mengumumkan senarai 20 pemain Skuad Remaja Lelaki dan Wanita Kebangsaan yang bakal menggalas tugas membawa cabaran Malaysia di Kejohanan Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China dari 4 hingga 13 September ini.
Kejohanan itu amat penting buat kedua-dua pasukan remaja negara kerana selain daripada memburu kedudukan podium, ia juga adalah pusingan kelayakan ke Piala Dunia Remaja 2027.
Naib Presiden KHM merangkap Pengurus Skuad Remaja Wanita Kebangsaan, Dato’ Haji Mohd Saiyuti Abdul Samat percaya “Young Tigresses” mampu mencipta kejutan dengan memecah masuk kelompok empat terbaik.
“Saya lihat pemain-pemain yang terpilih kali ini adalah mereka yang mempunyai masa depan dan mampu mengubah Pasukan Hoki Wanita Malaysia. Ia bermula daripada aksi persahabatan dengan Pasukan Senior Singapura sebelum ini.
“Corak permainan yang pantas, menyerang serta menjaringkan gol. Malah ia sungguh mengagumkan seolah-olah mereka ini adalah pemain-pemain senior. Saya percaya mereka akan bermain lebih baik.
“Saya ada mengingatkan pemain bahawa mereka perlu terapkan dalam minda bahawa kita harus mendapat tempat yang lebih baik daripada tempat kelima di China nanti,” katanya.
Skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim akan memulakan aksi dalam Kumpulan Elit bersama China, India, Jepun serta Korea Selatan yang mana kesemuanya layak ke suku akhir dan menanti tiga lagi pasukan dari Kumpulan Cabaran (Bangladesh, Chinese Taipei, Hong Kong China, Kazakhstan dan Pakistan).
Sasaran Pasukan Remaja Wanita adalah memburu salah satu daripada lima tiket ke Piala Dunia Remaja 2027 dan jika berjaya menamatkan kejohanan dalam kelompok empat terbaik, ia akan menjadi pencapaian terbaik dalam sejarah Piala Remaja Asia.
Sementara itu, Bendahari KHM yang juga Pengurus Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan, Selvendran Saravanamuthu juga melaungkan keyakinan tinggi anak-anak buahnya mampu mencapai sasaran layak secara merit ke Piala Dunia Remaja 2027.
“Selepas semua persiapan diberikan sebaiknya, keyakinan pemain lebih tinggi. Inilah masanya buat pemain serlahkan dan buktikan kemampuan bermain pada tahap terbaik.
“Tonjolkan semangat “Tigers” yang tinggi dalam diri dan cabar kemampuan untuk buktikan bahawa mereka layak berada di tempat mereka berada sekarang. Buktikan Malaysia mampu bersaing hebat di pentas antarabangsa,” jelasnya.
Pasukan kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu akan bersaing dalam Kumpulan B bersama Bangladesh, China, Kazakhstan dan Pakistan sebelum memburu peluang menempatkan diri di kedudukan podium.
Sebagai rekod, Young Tigers pernah bergelar juara Piala Remaja Asia 2012 dan dua edisi terakhir menyaksikan pasukan muda negara meraih tempat keempat pada 2023 dan 2024.
Skuad Remaja Lelaki akan berlepas ke Moqi pada 30 Ogos (awal pagi) sementara Skuad Remaja Wanita menyusul pada 31 Ogos (awal pagi).
Ini merupakan barisan 20 pemain wanita dan lelaki yang akan mengikuti menggalas misi di Piala Remaja Asia 2026 pada 4 hingga 13 September 2026.
| NO | NAMA | POSISI |
| 1 | HAZIQ MUIZZUDDIN HAIRUL MIZAN | PENJAGA GOL |
| 2 | MOHAMAD ADIB AMSYAR MOHAMMAD HANIF | |
| 3 | MUHAMMAD NABIL IRFAN MOHD YUSOF | PERTAHANAN |
| 4 | IMAN FARIS FAIZO | |
| 5 | DHEERESSH GUNASEELAN | |
| 6 | MUHAMMAD HAFIEZUDDIN MOHD ALI | |
| 7 | KARTHIKESAN SHIVAMOORTHY | |
| 8 | ESWARAN GEORGE | |
| 9 | AFERULL SYAH AHMAD AZUAN SYAHRILL | TENGAH |
| 10 | HARIEQ HADIEF MOHD FARIQ | |
| 11 | SHELSTON SILVERIUS | |
| 12 | MUHAMMAD ASYRAFF ISMAIL | |
| 13 | MUHAMMAD ADAM ASHRAF MOHD JOHARI | |
| 14 | GAGANDEEP SINGH APHTHAR SINGH | |
| 15 | MUHAMMAD AIZAT MUHAMMAD AKHERA | PENYERANG |
| 16 | MUHAMMAD SAFWAN SALIHE | |
| 17 | RAHUUL FAZRIEN MUHAMMAD NAZRIEN | |
| 18 | SHAFIQ AMMAR FAHMI SUZAINI | |
| 19 | MOHAMAD SYAZWAN MOHD SHAMSUL | |
| 20 | MUHAMMAD FAIZ AFZAN MOHD FAIZAL |
| NO | NAMA | POSISI |
| 1 | NUR AMIRA BATRISYA HAIRUL NIZAT | PENJAGA GOL |
| 2 | NUR ELLYSHA NAJWA MOHD NURHAIRUDIN FAKEH | |
| 3 | NUR RASYIQAH ADAWIAH RAFIZ HILMI ISWARDY | PERTAHANAN |
| 4 | NURUL AINA ALIA ADNAN | |
| 5 | NUR SAFIYA MAISARA BADRUL HISHAM | |
| 6 | ROHAIZATUL ALISHA RAZNIA | |
| 7 | ANIS NABILAH JALAHUDDIN | |
| 8 | NURDINI BATRISYIA RIDZUAN | TENGAH |
| 9 | AQINTUL SAFFIYYAH HASHMI | |
| 10 | NUR ZUHA QISTINA RIDZUAN | |
| 11 | KHALEESYA ZAHRA KHAIRUL FAZLY | |
| 12 | NATASHA NAJWA NASHARUDDIN | |
| 13 | VALERINA PHILIP JOHN | |
| 14 | AINNUR INSYIRAH MOHD KHAIRUL ANUAR | PENYERANG |
| 15 | IRDINA HUMAIRA JEFFREY | |
| 16 | NUR FITRAH NADHIA SHAMSUDIN | |
| 17 | NUR QASHRINA AZLI | |
| 18 | DAMIA NUR AMANI JASMAN | |
| 19 | NUR QAISARA QISTINA MOHD KHAIRI | |
| 20 | NURAIN ATIQAH MOHD FAUZI |
Berikut merupakan jadual perlawanan pusingan Kumpulan bagi Pasukan Remaja Lelaki dan Wanita Kebangsaan.
| NO | TARIKH | HARI | MASA | PERLAWANAN |
| WANITA | ||||
| 1 | 4 SEPT | JUMAAT | 7:00 MALAM | CHINA lwn MALAYSIA |
| 2 | 6 SEPT | AHAD | 9:00 PAGI | INDIA lwn MALAYSIA |
| 3 | 7 SEPT | ISNIN | 1:00 PETANG | KOREA lwn MALAYSIA |
| 4 | 9 SEPT | RABU | 11:00 PAGI | MALAYSIA lwn JEPUN |
| LELAKI | ||||
| 1 | 5 SEPT | SABTU | 5:00 PETANG | MALAYSIA lwn KAZAKHSTAN |
| 2 | 6 SEPT | AHAD | 3:00 PETANG | BANGLADESH lwn MALAYSIA |
| 3 | 8 SEPT | SELASA | 3:00 PETANG | PAKISTAN lwn MALAYSIA |
| 4 | 9 SEPT | RABU | 5:00 PETANG | MALAYSIA lwn CHINA |
** ZON WAKTU DI CHINA DAN MALAYSIA ADALAH SAMA (UTC +8)









