KAKAMIGAHARA (4 November 2017): Pasukan hoki wanita kebangsaan meneruskan cabaran negara dalam perlawanan penentuan tempat ke-5/8 Piala Asia Wanita 2017 menentang pasukan Kazakhstan dengan kemenangan 2-1 sebentar tadi.
Pada suku pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan seri tanpa jaringan. Namun, pada minit ke-24 pasukan Kazakhstan berjaya menjaringkan gol menerusi gol padang Aigerim Makhanova. Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada babak kedua pula, pasukan negara berjaya membuka jaringan seminit selepas perlawanan dimulakan melalui gol padang Nuraslinda Said. Kapten pasukan negara Siti Ruhani berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-33 melalui pukulan sudut penalti sekaligus meletakkan pasukan negara didepan dengan kedudukan 2-1.
Disuku berikutnya, kedua-dua pasukan berusaha untuk menambahkan jaringan namun tidak berhasil. Pasukan negara berjaya mengekalkan kedudukan 2-1 sehingga tamat separuh masa kedua.
Dengan kemenangan ini, Malaysia mara ke perlawanan penentuan tempat ke-5/6 Piala Asia Wanita 2017 menentang pasukan Thailand yang akan berlangsung pada Ahad ini.