Kejohanan TNB-KHM Bawah-14 Tahun Kebangsaan 2019 menyaksikan juara bertahan kategori Lelaki, Perak semakin gah selepas peroleh kemenangan ketiga pada Ahad untuk kekalkan rekod tanpa kalah dalam kumpulan B.
Ia susulan kemenangan besar 6-1 yang dicatat pasukan kendalian Jegathesan Selvaratnam ke atas Sarawak dalam aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Antara yang memperoleh jaringan adalah Ahmad Ariff Daniel Mohd Shahrean yang meledak dua gol di samping Muhammad Danish Ahmad Rizal.
Perlawanan lain dalam kumpulan A menyaksikan Melaka mencatat kemenangan 2-0 ke atas pasukan Kedah, dibantu menerusi jaringan
Selangor pula memperoleh kemenangan pertama selepas tiga perlawanan dalam kumpulan B apabila mengatasi tentangan Singapura untuk kemenangan 6-2.
Johor kekal menerajui kumpulan berkenaan selepas membenam Kelantan 5-1 yang menyaksikan Azimuddin Syakir Kamaruddin menjaringkan 4 gol.
Beralih ke kategori Perempuan, juara bertahan, Kuala Lumpur mencatat kemenangan terbesar dalam edisi kali ini selepas membenam cabaran Singapura menerusi keputusan 15-0 dalam aksi kumpulan A.
Diana Sofea Shaharuddin paling cemerlang dengan memperoleh tujuh jaringan diikuti Puteri Nor Amalina Mohd Rashid menjaringkan lima gol bagi membantu kemenangan Kuala Lumpur.
Satu lagi perlawanan dalam kumpulan A menyaksikan Pahang mencatat kemenangan 4-2 ke atas Kelantan.
Melaka kini menerajui kumpulan B selepas menewaskan Sarawak dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Lailazatul Izati Yasrie serta Nurul Najihah Mohd Sukur di samping Johor meraih kemenangan sulung mereka dengan mengatasi Kedah 4-1.
Pulau Pinang pula tidak dapat meneruskan rentak kemenangan dalam kumpulan C apabila terpaksa berkongsi mata, terikat 1-1 menentang Terengganu.
Manakala jaringan oleh Nur Adriana Muhd Ridwan dan Nurhizzati Nabila Mohd Nazwan membantu pasukan Perak menewaskan Selangor 2-1.









