38 Pemain Dipanggil Sertai Kem Latihan Pemilihan

Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak 2020 yang dijadikan landasan untuk pemain-pemain hoki di Malaysia membuktikan kemampuan selain menambat hati pengendali Skuad Senior Lelaki Negara, Arul Selvaraj telah melabuhkan tirai pada hujung minggu lalu dengan 38 pemain berjaya meraih tempat di sesi latihan pusat yang juga merupakan fasa pemilihan terakhir.

Sesi latihan yang bermula pada 5 Oktober sehingga 19 Disember 2020 itu menyaksikan daripada 38 pemain yang dipanggil 13 daripadanya merupakan muka baru termasuk pemain yang pernah digugurkan sebelum ini oleh pengendali Malaysian Tigers terdahulu.

Menerusi senarai yang telah dikeluarkan, lima penjaga gol dipanggil, 11 pemain pertahanan, 13 pemain tengah dan sembilan daripadanya merupakan pemain diposisi penyerang sementara berdasarkan pecahan negeri yang diwakili oleh mereka ketika Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak 2020, Kuala Lumpur (7 pemain), Terengganu (6 pemain), Perak (6 pemain), Pahang (3 pemain) PDRM, Perlis, Negeri Sembilan, Sabah, dan Johor (masing-masing 2 pemain), Selangor dan Pulau Pinang (1 pemain daripada setiap negeri) sementara empat pemain lagi tidak beraksi di kejohanan tersebut.

Hanya 25 pemain yang berjaya membuktikan kemampuan terbaik mereka akan terus kekal berada di dalam senarai pemain kebangsaan sementara 13 pemain lagi terpaksa diketepikan dengan purata usia pemain yang tersenarai ialah 25.3 tahun.

11 minggu latihan pusat yang akan berlangsung itu juga akan digunakan oleh jurulatih Arul Selvaraj sebagai salah satu rangka persediaan bagi menghadapi Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 19 Mac 2021 di Dhaka, Bangladesh.

Namun pemilihan pemain untuk bersama pasukan kebangsaan tidak akan terhenti disitu. Ini kerana jurulatih, Arul Selvaraj akan turut menjadikan saingan TNB Liga Hoki Malaysia 2021 sebagai satu lagi medium untuk meneliti pemain terbaik yang boleh dipanggil menyertai kem kebangsaan.

Menurut Jurulatih Kebangsaan, Arul Selvaraj, beliau mempunyai fokus yang tersendiri dalam membentuk pasukannya dengan beberapa perkara penting akan dititikberatkan selain melihat kepada bakat serta skill yang dimiliki oleh pemainnya.

“Saya membuat pemilihan berdasarkan beberapa kriteria seperti bakat yang mereka miliki, skill yang mereka ada selain saya juga melihat kepada komitmen yang telah mereka tampilkan, kemahuan mereka untuk buktikan bahawa mereka adalah yang terbaik selain kerja keras yang mereka tunjukkan.

“Ketika membentuk pasukan ini nanti, saya mempunyai beberapa perkara yang ingin saya ubah seperti mentaliti pemain itu sendiri untuk tidak memikirkan bahawa bakat yang dimiliki sahaja cukup untuk menjamin tempat mereka di dalam pasukan kebangsaan.

“Saya mahu pemain yang bukan sahaja memiliki bakat tetapi pemain yang mempunyai tujuan tentang apa yang mereka mahukan dan bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri termasuk menjaga tahap ketahanan tubuh badan serta kecergasan mereka,” jelasnya.

Berikut merupakan senarai pemain yang akan mengikuti kem latihan pemilihan Skuad Senior Lelaki Kebangsaan yang akan bermula pada 5 Oktober 2020 hingga 19 Disember 2020.

BIL NAMA NEGERI DIWAKILI (TNB PIALA TUN ABDUL RAZAK 2020) POSISI
1. MUHAMMAD ZAIMI B. MAT DERIS TERENGGANU PENJAGA GOL
2. ADRIAN ANDY ALBERT SABAH PENJAGA GOL
3. MOHAMMAD HAIRI B. ABDUL RAHMAN JOHOR PENJAGA GOL
4. * MUHAMMAD HAFIZUDDIN B. OTHMAN KUALA LUMPUR PENJAGA GOL
5. * MUHAMAD SHAFIE B. SAHROM PDRM PENJAGA GOL
6. MUHAMMAD RAZIE B. ABDUL RAHIM PDRM PERTAHANAN
7. MUHAMMAD MARHAN B. MOHD JALIL NEGERI SEMBILAN PERTAHANAN
8. MUHAMMAD NAJMI FARIZAL B. JAZLAN PERLIS PERTAHANAN
9. SYED MOHAMAD SYAFIQ B. SYED CHOLAN PERAK PERTAHANAN
10. MUHAMMAD NAJIB B. ABU HASSAN PERAK PERTAHANAN
11. * SYARMAN B. MAT TEE TERENGGANU PERTAHANAN
12. MUHAMMAD ARIF SYAFIE B. ISHAK PAHANG PERTAHANAN
13. * MUHAMMAD AZRI B. HASSAN PULAU PINANG PERTAHANAN
14. * ZULPIDAUS B. MIZUN KUALA LUMPUR PERTAHANAN
15. MUHAMMAD AMIROL AIDEED B. MOHD ARSHAD PERTAHANAN
16. MUHAMMAD AMINUDDIN B. MOHD ZAIN PERTAHANAN
17. FAIZ HELMI B. JALI JOHOR TENGAH
18. MEOR MUHAMMAD AZUAN B. HASSAN PERAK TENGAH
19. MOHAMAD ASHRAN B. HAMSANI PERAK TENGAH
20. NIK MUHAMMAD AIMAN B. NIK ROZEMI TERENGGANU TENGAH
21. * MUHAMMAD FAKHRI ARDILLAH B. ABDULLAH TERENGGANU TENGAH
22. * MOHD FITRI B. SAARI TERENGGANU TENGAH
23. MUHAMMAD HAFIZ B. ZAINOL PAHANG TENGAH
24. SHELLO SILVERIUS SABAH TENGAH
25. NORSYAFIQ B. SUMANTRI KUALA LUMPUR TENGAH
26. * MUHAMAD RAMADAN B. ROSLI KUALA LUMPUR TENGAH
27. * PAVANDIP SINGH GURDIP SINGH KUALA LUMPUR TENGAH
28. * HARVINDER SINGH MAKBUL SINGH KUALA LUMPUR TENGAH
29. MOHD FAID FARHAD MOHAMAD SHAH TENGAH
30. TENGKU AHMAD TAJUDDIN B. TENGKU ABDUL JALIL PERLIS PENYERANG
31. MUHAMMAD HAZIQ B. SAMSUL PERAK PENYERANG
32. MUHAMMAD AZRAI AIZAD B. ABU KAMAL PERAK PENYERANG
33. * FAIZAL B. SAARI TERENGGANU PENYERANG
34. MUHAMMAD NOR FIRDAUS B. ROSDI PAHANG PENYERANG
35. * SYAMIL AZIM B. DZULKAFLY SELANGOR PENYERANG
36. MUHAMMAD SHAHRIL B. SAABAH KUALA LUMPUR PENYERANG
37. * NUR RAHUL HRISIKESA B. MOHD MURNI TATCHANA NEGERI SEMBILAN PENYERANG
38. MUHAMMAD FIRHAN B. ASHAARI PENYERANG

* Muka baru yang dipanggil menyertai kem latihan termasuk pemain yang pernah digugurkan sebelum ini.

Recent Posts

Leave a Comment